Posts

Showing posts from August, 2009

Sure Pekat Final : Kuala Lipis Jamming Festival 200

Disember 2003 - Sure Pekat Pertama
Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis.

Gua berdiri di atas pentas. Berdebar. Gitar tersandang di bahu. Jari terpacak kat fret. Gua pandang sekeliling. Semua mata bertumpu ke arah gua. Berminggu-minggu sebelum tu gua bertungkus lumus menerangkan apa sebenarnya Sure Pekat ni kepada orang ramai. Itu jam, konsep Pay To Play (P2P) memang sangat asing, apatah lagi sebuah acara muzik yang bukan pertandingan, gua hanya nak band-band tempatan kat Kuala Lipis ni, main, dan enjoy dalam satu acara muzik yang santai dan rilek. Maka bila semuanya sudah selesai, gua harus jadi band yang pertama sekali main. Sebab tiada siapapun yang tahu apa yang akan berlaku, jadi takde sapa yang nak jadi band pertama. Gua sendiri jadi band yang pertama perform, untuk Sure Pekat yang pertama sekali diadakan.

"Bismillah.." kata gua dalam hati. Grenggg!!! Bunyi gitar gua menandakan bermulanya satu legasi pengurusan acara 'indie' yang pertama seumpanya dalam sejarah Kuala…

Pilih Bulu

Dari jauh gua nampak pinggulnya yang meliuk-liuk ke kiri dan ke kanan. Belum sampai lagi wangi perfume dari tubuhnya telah menyengat hidung gua. Gua bertenang dan buat buat rilek. Makwe itu mula melangkah naik ke library gua. Gua sengih macam biasa.
"Eeeuuww.. buruknya library ni. Panas!" katanya. "Memang panas sikit dik. Kalau tak tahan duduk la kat kipas tu.." gua cuba yang terbaik. "Buku-buku baru takde ke? Semua buku dah buruk. Macamana nak baca?" "Buku-buku baru ada, semua dah bercampur-campur. Cuba la tengok-tengok" "Novel-novel english ada? Saya tak baca novel melayu ni. Meleleh, takde kelas" "Ada, kat situ" gua menuding ke arah seksyen 'Fiksyen Inggeris'. "Ish! Ini buku zaman bila?! Yang baru-baru takde ke? Harry Potter ke?" "Err.." itu jam gua tak tau macamana nak counter sikap makwe ni. "Harry Potter pun takde?! Takpelah! Tak best langsung library ni!" Awek tu blah. Gua lega sebab tak pe…