Posts

Showing posts from October, 2011

Memori Ramadan 2011

Image
Sedari 1985 dah gua memang ada memasang hajat nak berniaga bulan ramadan. Macam biasalah usahawan muda melayu senang nak delay buat kerja.
Berniaga pasar ramadan memerlukan kita menghadiri kursus pengurusan makanan di mana diaorang ajar cara untuk mengelakkan cross contamination, jangan potong ayam mencangkung dan jangan korek hidung time masak. Paling horror gua juga terpaka diberi suntikan anti penyakit berjangkit. Berkaca mata masa jarum masuk dalam lengan.
Hari pertama meniaga gua berdua dengan bini je. Gerai takde atap. Besoknya barulah rakaniaga gua, Leman Al-Cairo beli kanopi. Antara menu kami adalah air soya, bubur lambuk dan paling rare, strawberi celup cokelat. Ada juga hasil agrotani dari Mael, air bandung cincau dan gulai lemak daging salai dari Leman Al-Cairo.


Selama sebulan gua pecut balik kerja no-rest, terus angkat balang air, angkat bubur lambuk, pecut pegi pasar ramadan. merasa juga jerih perih peniaga pasar. Time orang ramai sengih bukan main. Bukak je bekas duit, duit…