Posts

Showing posts from June, 2016

Kemelut Di Muara Bazaar

Image
"Berapa ni?" tanya gua kepada makcik peniaga.
"Pulut panggang, 5 batang RM2" kata makcik tu. Ringkas dan bersahaja.

Gua buat kira-kira dalam kepala.
Kalau beli 5 bijik pulut panggang ni kang, gua makan satu. Bini makan satu. Anak-anak belum tentu makan sebab biasanya serunding dia pedas. Katakanlah makan satu sejurus selepas berbuka. Lepas tu jangan harap nak makan lagi bakinya malam kang sebab perut dah penuh mana ada masa nak makan. Akhirnya terbazir 3 batang menjelang imsak sebab dah basi.

"2 batang boleh?" tanya gua serkap jarang.
Gua assume kalau 5 batang RM2, sebatang haruslah RM0.40.

"Tak jual 2 batang dik. 5 batang RM2"

Maderfaker.
Bisik gua dalam hati.

Gua berlalu dan pegi usyar gerai lain pulak. Pisang goreng. Solid juga pisang goreng ni sebab anak gua boleh makan sekali. Makanya beli 5 bijik, mesti boleh habis. Habiskan makan di sini bagi gua bukanlah paksa makan sampai habis walaupun perut dah bunting. Tapi makan dengan seronok dan …