DEEP SOUTH 2025 Day 2, The Bittersweet Samila Beach

Beberapa bulan kebelakangan ini boleh tahan juga sibuk. Langkah saya tidak pernah berhenti. Saya berpergian beratus-ratus kilometer untuk kerja, dan beratus-ratus kilometer pula untuk pulang ke kampung. Emosi dan kudrat saya benar-benar teruji. Saya bertahan seadanya kerana ada janji yang dipegang. Tanggungjawab yang digalas, saya selesaikan. Tugas yang dijadualkan, disiapkan, dihantar, dilaporkan. There was something in me that felt like it had drifted far — like a part of the soul long separated, waiting to be returned to where it belongs. I didn’t know exactly when it went missing, but I knew, where I'll go was where I wanted to find it again. Deep South 2025 bukanlah sekadar destinasi kembara basikal, ia adalah sauh harapan yang disulam ke dalam hari yang jerih. Keep me sane, keep me going, keep me focused with what needed to be done. Tekad saya, apabila tiba masanya nanti takkan nak nengok saje. Saya akan berlari ke arah lautan, tidak menoleh ke belakang lagi, bukak semua pak...