
Ooo.. mentang-mentang la aku duduk kat Kuala Lipis, korang semua aim kat aku pasal kes Siti Nurhaliza dan Datuk K ni. Kesimpulannya, aku tak tahu. Aku tak tahu menahu. Meskipun kediaman aku skang ni hanya sebatang rokok dari umah Siti Nurhaliza, namun aku tak tahu menahu apa yang berlaku kat sana. Masa bila Datuk K datang umah dia pun aku tak tahu.
Jesteru atas desakan orang ramai, dan polisi blog aku yang takkan mengecewakan sebarang pertanyaan ataupun permintaan bersama, aku telah meriki-riki, menanya-nanya san meng-edisi siasat dan inilah maklumat yang aku perolehi.
Harus di-ingat bahawa apa yang akan aku tulis ni bukan aku reka-reka tetapi informasi yang aku collect dari orang-orang tertentu kat Kuala Lipis ni. Dan mungkin jugak apa yang aku tulis ni korang dah tahu kat dalam media-media semua, namun setakat itu je lah yang kita semua tahu. Aku jugak tak masuk campur mana-mana forum. Dan tak pernah membuat apa-apa statement sebelum ini. Kes antara Siti dan Datuk K ni adalah rahsia yang paling sensasi sekali kat Malaysia skang ni.
Yang aku dengar...
-Khabar mengatakan Datuk K telah menggunakan khidmat seorang bomoh yang paling terhandal kat nusantara ni untuk mengejas Siti Nurhaliza. Lalu kak Siti sangkut kat Datuk K.
-Siti Nurhaliza mula menyatakan minatnya kat Datuk K pada mak dia masa diaorang pegi umrah ari tu. Itu jam mak dia naik temper. "Ape awok dah tekdeh orang lain dah?!", kata mak dia (ayat reka). Dan itu jam mak dia mengeluarkan statement, kalau Siti nak sangat kat Datuk K tu, go-on. Tapi mak tak restu.
-Zamani Slam pernah dilihat beraya kat umah Siti beberapa tahun nan lalu.
-Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pernah cover line kat Datuk K masa wartawan tanya dia pasal Siti. Datuk Adnan cakap "Dia tak nak jawaplah".
-Orang kampung semua dah tak ngam ngan abah Siti ni. So takde la yang pegi korek cerita ngan dia. Dah takde orang nak melepak ngan dia. Sebab tu kita semua tak tahu apa-apa.
-Namun sehingga kini, dari mulut Siti Nurhaliza baik mulut Datuk K sendiri, takde sebarang jawapan pasal nikah kawen ni.
-Kaya? Huii.. kaya! Nengok je lah Mecedes Belalang dia tu. Tapi Siti sendiri dah cukup kaya. Nak apa lagi? Mereka akan jadi pasangan yang kaya-raya dengan kereta mewah masing-masing. Namun Ayah Rahim yang banyak membantu Siti dalam arena muzik ni masih duduk umah flat.
-Abang member saya juga pernah dikaitkan ngan Siti masa sekolah dulu.
-Termasuh jugak member saya Apek yang tetiba enteprem nak jugak dikaitkan ngan Siti.
Itu je yang aku dengar.
Sekarang komentar aku sendiri pulak:
Sebenarnya Datuk K dan Siti Nurhaliza berhak untuk mendiamkan diri mengenai perkara ini. Mungkin mereka takut ngan reaksi peminat (Siti bukan Datuk K!) kalau berita ni dah kompom nanti. Barangkali juga akan banyak kes-kes amuk dilaporkan. Dan orang kampung semua tak berkenan ngan Datuk K ni. Dah la tua, duda pulak tu. Tak sepadan.
Apa hebatnya Datuk K tu? Ye la dia kan kaya. Tapi nak kata lebih hensem dari orang lain, tak jugak. Kalau Datuk K sendiri tangkap syok sama Siti itu perkara biasa. Ini kalau Siti sendiri dah tangkap syok sama Datuk K tu apa cerita ni bai..? Termasuk aku sendiri, aku saspek kalau betul Siti kapel ngan Datuk K ni, orang kampung dan orang ramai seluruhnya pasti tak approve hubungan diaorang ni. Reputasi Siti sendiri akan drop dan kehilangan ramai peminat setianya.
Namun Siti tu kan 'Manusia Biasa'? Apa salah dia? Salah kah dia nak tangkap cintan ngan sapa-sapa? Tak elok tau halang orang lain nak cintan-cintan ni (I've known better). Kalau dia betul-betul cinta sejati punya ngan Datuk K tu kita mana tahu? Namun Siti adalah seorang ikon. Ikon yang selama di disokong oleh jutaan peminat dia. Kalau dia buat perkara yang tak di-approve oleh peminat dia bukan ke dia mengkhianati semua peminat dia tu? Kita semua nak nengok Siti bahagia ngan 'Prince Charming' (geli aku perkataan ni) yang hensem dan segak. Kita semua jugak nak nengok Siti kahwin dan bahagia. Dan menamatkan karier muzik dia dengan gilang gemilang. Bukan bersuamikan duda yang anak dia nak sama besar ngan Siti yang 'nak merasa pucuk muda pulak'. Mana ngam?! Ini yang buat aku temper ni!
Ada jugak sesetengah dari kita (dan ada sesetengah wartawan) yang naik temper jugak ngan sikap Siti yang selalu "No-komen" dan "Nanti Siti bagitau la..". Dia dah cakap nanti dia nak bagitau, tunggu la! Jangan desak-desak. Pastu kutuk bukan-bukan pulak. Cakap publisiti murahan la, up-glamer la. Dia punya pasal la dia nak cerita esok ke, minggu depan ke? Yang korang tak sabar pehal?!
Aku? Bagi aku Siti bukan bebudak lagi. Bukan budak kecik yang jual karipap kat depan balai polis sekitar 80an dulu. Keputusan dia untuk mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun kini dah tersasar 2 tahun. Dan gua yakin dia dah lebih dari bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. Kalu dia betul-betul tangkap cintan sama itu Datuk K, gua restu. Melainkan ada penyalahgunaan ilmu hitam dalam kes ni. Karena hal cinta-cinta ni masih lagi misteri buat gua. Apa hak kita nak halang cinta? Siapa tahu, Siti memang prefer orang macam Datuk K tu? Cuma nasihat gua, Siti, make your decision wisely. Sapa tahu, selama ni kita asik debat-debat alih-alih bukan Datuk K pilihan dia. Tak ke kita sendiri yang malu. Dan paling besar sekali menanggung kemaluan adalah Datuk K itu sendiri. Takde sapa dapat baca hati Siti Nurhaliza ni.
Kepada semua pengutuk-pengutuk Siti Nurhaliza ni (termasuk Kah Pah) apa yang aku boleh cakap adalah "fcuk-off!". Jangan lebih-lebih. Gua pun kutuk orang jugak. Tapi takde la sampai cabul mulut. Cuba la bagi komentar yang berguna sikit daripada main hentam je.
Buat masa skang ni aku harap semua orang bersabar. Tak perlu lagi hantar SMS. e-mail, YM kat aku. Kita tunggu dan lihat je la. Sapa-sapalah Siti oii... gua approve je. Mungkin ada hangin sekejap je nanti. Sempat la mandi darah Kuala Lipis ni. Kalau ada orang mengamuk nanti gua tak tanggung. Kalau Harrier ayah engkau kena pancit aku tak tanggung. Kitaorang semua sayang kat Siti dan kami nak yang terbaik untuk Siti.
Cuma gua terkilan kalau Siti lebih suka kumis tebal berbanding janggut tebal.
Siti, if you're having a second thought, I'll be here waiting for you bebeh...
Ditulis dalam keadaan kucar kacir (pecut) . Gua berhak menukar pendapat dan pandangan gua di masa akan datang.

