Monday, July 31, 2006
Boring, Hiatus dan Rokok Batang
Duit pun dah tak berapa nak ada ni. Aku dah kembali ke arena kemiskinan skang. Rokok batang kembali menerjah. Cek aku entah berapa lama lagi nak clear. Hari-hari aku cucuk kad kat bank. Hari-hari orang yang beratur kat belakang aku tersengih nengok baki akaun aku.
Namun demikian ahad nan lalu aku sempat ke Padang Tengku sambar baju bundle 2 helai. Jalan-jalan, beli baju, makan nasik berlauk (yang tak berapa sedap). Pastu petang tu kebetulan ada pulak orang baru meninggal. Jadi aktiviti jamming terpaksa dihentikan untuk menghormati si mati. Kalau tak kemungkinan besar orang kampung semua akan menyerang studio kami.
Aku tak tau apa yang aku buat dalam sehari, tapi skang ni masa nampak gayanya berjalan begitu pantas. kejap je dah habih bulan Julai. Apa cerita ni?
Pendapatan adsense yang merosot bulan ni betul-betul memeningkan kepala aku. Mungkin sebab aku tak berapa gigih seperti biasa. Banyak mende yang distract pikiran aku. Jesteru aku bercadang untuk santau-akal sekali lagi dan attack balik bulan ogos ni. Ada 2-3 site baru yang aku aim nak buat. Dan ada beberapa idea baru yang aku nak implement. Itu pun bila aku dah naik rajin balik.
Skang ni masuk musim-musim blur kepala otak. Bukan blur apa, tapi aku dilanda kemalasan yang maksimum. Aku ingat otak aku ni dah jem dah. So aku mengambik keputusan untuk berehat beberapa ketika.
Bye!
(other sites will be updated regularly)
Thursday, July 20, 2006
Jangan Sentuh Janggut Saya
-Seorang brader telah mengalami gangguan mimpi ngeri yang teruk pada sebelah malamnya selepas menyentuh janggut saya.
-Kes mengigau yang teruk juga pernah direkodkan.
-Seorang pegawai kerajaan yang gatal nak sentuh janggut aku telah mengamali demam kura. ketar-ketar dan berpeluh di waktu malam. Bila jumpa pengamal perubatan tradisional, bomoh tu cakap kena gangguan makhluk halus.
-Seorang bayi kerap menangis di waktu malam. Selepas siasatan lanjut didapati bayi tersebut telah tidak sengaja tersentuh janggut Kumprinx.
-Sebelum pulang brader ni menyentuh janggut aku sambil berkata "Janggut ni potong la..". Ketika dalam perjalanan pulang dia terasa motornya berat ketika naik bukit. Seekor pontianak telah menumpangnya pulang.
-Kejadian histeria di sebuah sekolah di padang tengku juga pernah dikaitkan dengan janggut ni.
-Seorang tukang guntung rambut yang bergurau mengacah-acah nak gunting rambut aku telah mengalami gangguan makhluk halus di rumahnya. Pabila malam periuk belanga berlaga sesama sendiri dan mengeluarkan bunyi yang bising di rumahnya.
-Nasik kawah yang dimasak di sebuah kenduri perkahwinan tak masak-masak walaupun selepas 12 jam berada di atas api. Selepas siasatan lanjut didapati tukang masak tu cuba menyentuh janggut aku.
-Seorang brader mengalami gugup yang ekstrim ketika majlis akad nikah. Korang tau sebab apa.
-Penyanyi No.1 negara, Siti Nurhaliza telah terjatuh cinta dengan Datuk K dipercayai kerana telah bersalaman dengan seseorang yang pernah tersentuh janggut Kumprinx.
Monday, July 17, 2006
Kompom! Siti Nurhaliza dan Datuk K akan Menikah 21 Ogos Ni

Pukul 12.40 tengahari tadi ada satu sidang akhbar kat The Zone On The Park, Jalan Ampang mengumumkan pernikahan Siti Nurhaliza Dengan Datuk Khalid Mohamed Jiwa pada 21 Ogos ni. Sidang media itu juga disiarkan Live kat rancangan Wanita Hari Ini, TV3.
Majlis pertunangan dan akad nikah akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan. Siti Nurhaliza dan Datuk K jugak akan bersanding di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 28 Ogos dan seterusnya pada 3 September di Kuala Lipis.
Ini mengesahkan spekulasi dan khabar angin media yang dah bertiup kencang sejak beberapa bulan nan lalu. Siti Nurhaliza juga dipetik berkata, "Kami rapat selepas Siti pulang dari Royal Albert Hall, tapi sebelum tu kami saling mengenali".
Lagi laporan di laman web baru kami http://www.kumprinx.com/
Mengejar Masa

Zaman skang ni cepat sungguh masa berlalu. Aku ingat baru minggu lepas aku kena gigit serangga misterius, rupanya dah 4 bulan berlalu. Bila tido, aku bangun lewat. menyebabkan separuh siang aku terbazir begitu sahaja. Banyak mende yang aku aim nak buat hari tu akan gagal dan terpaksa di postpone ke hari nan lain.
Projek aku untuk me-riki Siti Nurhaliza's Secret Hideout kat Kuala Lipis ni baru siang tadi berhasil. Padahal aku dah plan 2 minggu nan lalu. Itulah ke-sedang-nye kalau kuat menangguh-nangguhkan sesuatu. Gua siap angkat video lagi beb. Tunggu je la..
Post mega blockbuster aku yang bertajuk 'Tutup Kes' yang aku postpone minggu lepas jugak baru tadi gua siapkan. Cuma nak tunggu beberapa gambar dan fakta mutakhir. Tak boleh upload lagi sebab ada beberapa isu yang aku nak saring dan tambah.
Jamming skang dah makin gila. Aku ingat dalam seminggu dua lagi ada pertandinagn kugiran kat sini. Dan band kitaorang akan membuat kejutan yang tak terduga. Kalau rasa-rasa nak tau, datang je masa pertandingan nanti. Tengkuk aku skang ni selalu sakit. Kuat headbanging. Tapi tak boleh lawan head banging masa FTG turun Lipis ari tu. Itu jam seminggu aku berurut tengkuk.
Mende-mende yang aku aim nak angkat dan miliki skang aku dah dapat. Post Signifikan III aku hanya mampu letak gambar je sebab kalau aku story korang mungkin akan naik menyampah. Aku seolah-olah hilang motivasi untuk berusaha dengan lebih gigih. Kepuasan itu adalah punca kegagalan. Dan skang aku harus meletakkan matlamat baru yang lebih solid dan gempak. Supaya aku bisa bekerja penuh tumpuan dan matlamat seperti beberapa bulan nan lalu.
Kalau dulu, aku bekerja untuk membuktikan bahawa aku mampu dapat duit goyang kaki je. Lama-kelamaan aku berkerja untuk angkat perkara-perkara yang selama ni aku tak mampu nak angkat. 2 peringkat ni aku dah sapu bersih.
Skang gua akan upgrade ke level yang lebih ekstrim.
Sunday, July 16, 2006
Pontianak Mengamuk Di Kampung Tempoyang
"Ketak ketak ketak ketak..."
Semua yang masih berjaga seawal 1.00 pagi tu kenal benar bunyi itu. Sekitar tahun 1998 juga kes sebegini pernah dilaporkan. Bunyinya semakin dekat. Semua yang tadinya asyik memasak tergamam dan berpandangan sesama sendiri.
"Ketak ketak ketak ketak..." bunyinya semakin hampir. Pabila bunyi itu sudah terlalu dekat ia berubah tune;
"Hi hi hi hi..." disusuli dengan bunyi sambaran angin yang kuat di atap zink rumah itu.
Sah! Pontianak kembali di Kampung Tempoyang.
Keesokkan harinya semua orang heboh menceritakan pengalaman masing-masing terdengar bunyi pontianak. Bunyinya sungguh aneh dan mengerikan sampai takde sesiapapun yang mampu mengajuk bunyi tersebut. Yang aku taip ni pun aku agak-agak je.
Begitulah seperti yang diceritakan oleh makcik ni kepada aku ketika aku datang jamming petang semalam. Itu jam tak sampai maghrib aku dah blah. Tak sanggup aku nak lepak situ lama-lama. Planning aku untuk mem-print baju malam semalam juga terpaksa dibatalkan.
Yang penting, pontianak dah buat comeback kat Kampung Tempoyang. Dan jangan harap aku nak jenjalan sana malam-malam lagi.