Posts

Showing posts from May, 2007

Maggi Kari Letup

Image
Masa zaman-zaman aku belajar kat Kolumpo dulu, aku selalu keputusan wang. Nak makan nasik takde duit. Lalu seperti kebanyakkan orang yang takde duit, gua resort ke mee segera, iaitu Maggi. kalau time lapar gile Maggi memang sedap dimakan, nak masak pun senang, jirus air je.

Itu jam hidup memng susah. Ada sesetengah kes yang pernah direkodkan, cari-cari duit syiling bawah tilam, cukup 50sen, pegu kedai beli maggi pastu makan kongsi 3 orang. memang perit.

Sebab tu zaman sekarang ni gua memang tak into langsung mee segera ni. Sebab bila makan gua akan teringat kisah-kisah silam yang penuh ranjau berduri, susah-payah hidup di perantauan, walhal skang gua aman sentosa berada di tanah tumpah darah sendiri. Nampak meggi je gua teru meloya.

Namun jika ada produk baru di pasaran gua cenderung untuk mengetest, hebat tak hebat seperti yang diiklankan. Maggi kari letup mengaku ia lebih kenyal dan lebih pedas, dengan packing gambar api yang menyeramkan.

Gua cuba memasak meggi kari letup di dengan pand…

Ini Ada Beberapa Fakta Menarik

Image
Tahukah Anda?:
-Mata gua cenderung masuk habuk bila nengok anime Honey And Clover season II ni.
-Gua ada DVD Honey and Clover season 1 yang hari-hari gua nengok.
-Sepanjang Januari dan Februari tahun ini, gua menggunakan theme-song opening cerita ni untuk nada dering.
-Isu 'contextual advertising' pernah dipetik dalam cerita ni.
-Sepanjang minggu lepas gua hanya bermain game sahaja dan tak buat apajaddah kerja langsung.
-Semua video masa Sure Pekat 4 hari tu dah kena delete. Dan takde dalam kompiter.
-Gua dah download Joost tapi tak boleh run sebab tak cukup RAM.
-Mr.Os skang pandu teksi.
-Akaun Gmail gua dapat dengan invitation dari Google sendiri beberapa tahun yang lalu.
-2 tahun lagi kumprinx.com akan berusia 10 tahun.
-Yamaha R6 adalah motorsikal yang paling stylo

Member Lama

Image
"Hello Kumprinx? Lu kat mana ni?"
"Hello sapa ni? Gua kat town ni.."
"Gua la.. gua baru sampai Lipis ni. Kat Batu 2, kedai Rapi. Meh la datang sembang-sembang.."
"Laa.. lu rupanya, buat apa sini? Ada projek ke?"
"Ada gig ni. Biasa la fun-fair"
"Lu memang muka fun-fair la.. takpe, lu order gua neskepe 'o satu jap lagu gua sampai"
"Woorait!"