Posts

Showing posts from June, 2007

Riang Ria Gomen

Image
Lawatan Ke Pejabat Kerajaan - Jabatan Imigresen.

Semalam gua berkesempatan pegi ke kompleks pejabat kerajaan kat Kuala Lipis ni. Amar la selok nak pegi kat pejabat imegresen tu. Ari tu dah bape kali pegi tapi dia masih ada kemusykilan berkenaan lawatan kitaorang ke Singapore untuk bersemuka dengan Robert Smith awal Ogos nanti.

Kitaorang konvoi 2 motor. Amar naik ngan Mael dan motor gua tak boleh naik 2 orang sebab dah tune. Gua ketinggalan di belakang sebab dapat panggilan telefon di tengah jalan. Gua ingat diaorang parking kat kompaun pejabat kejaraan tu, tapi rupanya diaorang parking kat tempat parking awam. Gua main masuk je dalam tu, brader yang jaga gate tu muka ketat je nak bukak pagar. Sebab sejak akhir-akhir ni kenderaan awam dia tak bagi masuk dalam tu sebab takut terlanggar syiling/atap pejabat kerajaan dan boleh menyebabkan bocor dan seterusnya menyusahkan Sami Vellu dan akhirnya semua orang akan menuding jari antara satu sama lain.

Gua memang janggal kalau terlibat dengan are…

Cari Duit Bang : Kad Kahwin Blues

Image
Cari duit secara bertungkus lumus. Cari duit tak tido malam. "Cari Duit" tak makan nasik. Bukan style aku. Gua cenderung cari duit dengan cara yang santai (dan halal). Semalam gua nyaris miss makan nasik kerana terpaksa membuat kad kahwin lagi. I dont like it.

Peratusan kad kahwin dalam udara dah hampir sampai ke tahap tepu.

Apa ke jaddahnya ramai sangat orang kahwin bulan ni (dan bulan depan)? Dan semua orang nak kejar tarikh 07/07/07. Yang stress-nya, aku jugak.

Fakta Menarik : Ketika entry ini ditulis, ada satu lagi tempahan kad kahwin tiba.

Gua buat kad kahwin pakai MS Word je. Illustrator gua harem tak pandai guna. Namun output dia kadangkala jauh lebih solid dari pakai Illustrator. Dan print gua printer Pixma kesayanyan gua ni. Printer ni aku ingat dah print hampir 10,000 keping kertas sepanjang hayatnya. Padahal dia printer bubble-jet biasa je. Dan skang masih solid. Ink dia murah tak hengat. Dan kalau di-setting dengan betul, boleh print banyak gile. Sebab kalau setting …

Bomoh Guna Tarian Bogel rawat Pesakit

Seorang penduduk kampung itu, Fuzi Nor, mendakwa bomoh berkenaan menggelar dirinya ‘Ibu’ dan mengamalkan ajaran seakan-akan ajaran kumpulan Ayah Pin kerana dia akan memberi sejenis minuman kepada tetamu setiap kali melakukan rawatan.

Beliau berkata, pengikutnya akan menari bercampur antara lelaki dan perempuan sehingga lewat malam dalam keadaan bogel.
Baca berita kat : Berita Harian

Ok apa? hehe.. apa la sicko orang zaman sekarang ni. Mungkin jin-jin yang digunakan oleh bomoh tersebut jenis Nudist/Naturist.

Bomoh sicko zaman sekarang ni banyak mendapat perhatian sebab orang lebih gemar rawatan tradisional. nkalau demam sikit, kata kena sampuh hantu, kena geruh di hutan. Selsema sikit cakap kena lintasan makhluk halus, kena tegur hantu raya, hantu kubur dan hantu galah. (orang kata hantu galah ngan hantu raya tu sama)

Namun rawatan tradisional / rawatan alternatif ni mungkin ada betulnya. Kadang-kadang memang ada jembalang rimba yang buat kita sakit. Doktor mana mampu nak halau hantu. Bomoh…

WTF Moment : Gangstarz Mas Idayu Wannabe

Image
Gangstarz dan Mas Idayu. Post ni memang macem harem. Macam scene pormo. Pastu dua ekor kutu tu pegang mic ala-ala Mas Idayu. Pastu yang terbongkang kat bawah tu buat apa? Dengar cerita The Lima juara sebab buat post macam ni.

Ada gambar Bonus

Kad Nikah

Semalam gua pegi Raub sebagai pra persediaan untuk trip Persekutuan Bekas perajurit Hardkore yang paling terulung sekali. Perlu menyetelkan beberapa urusan. Gua konvoi naik motor ngan Mael. Perjalanan agak lancar kecuali ada beberapa kereta yang buat hal, brek tiba-tiba, masuk simpang bagi signal lambat.

Kat Raub lagi havoc. Gua nyaris-nyaris mengamuk kat mapley Raub tu sebab kena cas RM7 makan roti. Kalau tak pikirkan tempat orang aku dah penampo mapley tu. Muka tenang je sebut "Tujuh ringgit cik".

Balik Kuala Lipis gua terus meneruskan kerja-kerja kad nikah. Peratusan kad nikah dalam udara dah 70%..

Kemudian ada pulak kad nikah baru sampai. Peratusan kad nikah dalam udara dah 80% peratus..

Gua berjaga sampai pagi pekena buat kad nikah. La ni gua mengantuk tak hengat punya. Namun memandangkan gua dah parok duit ni terpaksa siapkan jugak sebab nak hantar pagi (hari ni) dan mengambik habuan gua.

Tak guna. Peratusan kad nikah dalam udara dah 98% peratus.
Jaga-jaga. Nanti kena nikah …

Tagged

Image
Aiseh. Kena tagged pulak. Cik Yattie Nopiah dari cahayattie.blogspot.com dengan beraninya telah men-tag aku secara tidak disedari. Sebagai menunjukkan gua ni sport dan mesra orangnya, gua dengan bold akan membalas tagged ni beserta beberapa pendedahan ekslusif yang menggemparkan!
Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

Makan
Bila mengadap makanan gua selalu terfikirkan penah lelah gua mencari sesuap nasi. Jerih perih mencari rezeki yang halal. (yang tak halal, senang je) Sebab tu gua memandang mulia aktiviti makan ni. Bila makan gua sentiasa berpakaian kemas dan tak pernah makan tak pakai baju. Gua juga cenderung mencari makanan yang terbaik …

Dalam Memori : Loga Alleycats

Image
Loganathan Arumugam dari kumpulan Alleycats telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10.50 pagi semalam di Hospitan Mount Miriam, Pulau Pinang. Beliau berusia 54 tahun. Gua baru dapat tahu pagi ni sebab takde sapa bagitau gua (lepas ni gua akan start layan Buletin Utama secara konsisten).

Loganathan atau lebih dikenali dengan nama Loga, mati disebabkan oleh kanser paru-paru. Loga Alleycats telah mengalami batuk yang teruk sejak setahun nan lalu, dan hanya di diagnos mengidap kanser paru-paru 8 bulan nan lalu. Ketika itu kanser tersebut telahpun masuk ke peringkat ke tiga (telah merebak)

Berita ini sangat menyedihkan gua sebab Alleycats adalah band kegemaran gua sejak kecil lagi. Loga Alleycats walaupun ketika sakit tetapi beliau tetap bersemangat dan dah plan nak rakam album dengan okestra penuh dan satu album tamil bila dia sembuh nanti. He was a fighter 'till the end.

Frontman Alleycats, David Arumugam berkata projek album terkini Alleycats akan tetap diteruskan untuk mengen…

Uptime : Dua

Image
Gua bajet je jadi. So gua cucuk monitor kat port belakang laptop (baru dan terkini!) gua ni. Sedar-sedar jadi.

Sial je. Ini sekaligus mengubah cara gua bekerja daripada titik fokus yang tenteram kepada dua pengendalian multitasking yang intensif (dan serius) (

Dengan sengaja menambah workload kepada dua kali ganda akan mepastikan produktiviti yang lebih. Dan migrain yang lebih kerap. selalunya gua kelihatan sibuk bekerja, sebenarnya gua layan Youtube, Gizmodo, Boingboing, baca pasal medical anomalies, hantu puaka, layan lucah, dan memuat-turun perisian telefon bimbit.

Masa aku muda-muda dulu, bila dapat je WindowsXP, terus godek sampai rosak-rosak kompiter. 24 jam tweaking. Ejas itu-ejas ini. Perkara yang sama terjadi dengan Vista. Vista akan prompt sebarang aktiviti mencurigakan kat kompiter ni dan petik administrator access. Gua takde hal. Boring-boring boleh nengok Flip3D. Itu je yang mampu gua up kat rakan-rakan kalau diaorang tanya pasal kelebihan Vista ni.