Posts

Showing posts from July, 2007

KARATE TENGKUK : KENAIKAN HARGA ROKOK DAN ANDA

Image
Budak sekolah hisap rokok, budak dah berhenti sekolah hisap rokok, lelaki, perempuan, miskin kaya, mulia, hina, kutu berahak, bisnesman, pelacur, rockers, peniaga, penjual nasik lemak, jaga bank, semua hisap rokok.

Merokok sebahagian daripada anda. Kalau korang tak hisap rokok pun, jiran anda, orang yang duduk sebelah anda kat stesen bas, pakcik yang jogging depan umah korang hari-hari, makcik jual kain, bangla mat karpet mereka semua merokok.

Namun begitu gomen (kerajaan) juga banyak membuat kempen supaya rakyat menghentikan perbuatan tak berfaedah ini. Malah amaran juga dipaksa letak kat kotak rokok itu sendiri. Gua tak nafikan perbuatan merokok itu boleh membahayakan kesihatan dan sebatang rokok makan 3 minit nyawa kita. Kesnya budek-budak kecik pun tahu mende ni. Budak tadika pun tahu merokok membahayakan kesihatan.

Gua sendiri pun tahu. Tapi mendengar berita rokok naik harga menyebabkan gua cenderung naik darah. Berikut adalah dalil-dalil kenapa gua kuat naik berang setiap kali roko…

3 Tahun Bersamamu

Image
Tahun 1999. Itu jam gua masih berada di tingkatan 4. Elemen-elemen rockers jitu yang gua ada sekarang ni masih kurang menebal dalam jatidiri aku. Sekolah sungguh boring. Gua acap-kali ponteng sekolah untuk hari yang ada subjek Math ngan Add Math. Sebab otak gua nyilu nak belajar mende tu semua. Dah la keje sekolah tak reti nak buat, pastu bila tak buat kena 'tiaw' ngan cikgu gua. Walaupun dia tak rotan/lempang, namun sound dia bisa jugak aku mendengarnya.

Tahun tu setiap hari selasa gua tak pernah miss beli surat-khabar The Star. Sebab hari tu ada sisipan In-Tech. Pasal teknologi, komputer dan internet. Perkara-perkara sebegini, bagi gua jauh lebih seronok dari kehidupan sekolah yang klise, kebudak-budakkan, dan dikelilingi dengan rembesan hormon cinta monyet berkarat.

Kat umah aku ada sebuah komputer. Cap NEC (486). Dilengkapi dengan cip pemperosos Intel 100Mhz, Ram 24Mb dan hard-disk toksah cerita. Komputer ni ada modem terbina dalam, dengan kelajuan 24kbps sambungan internet …

Kandid

Image
Ini gambar gua ambik masa pegi Kuala Lumpur Sabtu yang lalu. Full report akan datang.