Posts

Showing posts from August, 2007

Badi Sungai Jelai

Image
Sungai Jelai adalah sebuah sungai yang menusuk terus through the heart of Kuala Lipis. Dalam bandar Kuala Lipis, kita boleh nengok Sungai Jelai dari Jalan Jelai. Jalan Jelai ni zaman dulu adalah port 'brothel' (rumah pelacuran) yang terkenal bagi pelombong-pelombong Empang Jaleh, sebuah lombong emas yang terkenal (kini Empang Jaleh diusahakan oleh syarikat luar negara dan gua tak tahu emas tu semua pegi mana). Sesuatu yang unik pasal rumah pelacuran di Jalan jelai ni satu ketika dulu adalah ianya terletak di rumah-rumah terapung sepanjang Sungai Jelai. Kalau kita pacak rumah atas tanah orang, tentu tuan tanah akan halau, tapi kalau kita buat rumah atas sungai kira macamana?

Pada tahun 1990-91 (gua tak berapa hengat dah) gua pernah tengok pertandingan menyelam kat Sungai Jelai ni sempena Karnival Lipis tahun tu. Pastu depan mata gua nampak seorang peserta ni hanyut lalu mati lemas. Banyak juga kes-kes orang nampak jembalang kat tebing Sungai Jelai ni. Jembalang sungai tersebut s…

testing lagi.. bila nak jadi da.

Adalah menjadi satu perkara yang sangat rare bagi gua untuk membuat penampilan istimewa di sebarang majlis perkahwinan, namun kali ini gua harus turun jugak. Sebab yang kahwin ni, I've spent 10% of my lifetime's laughter saving dengannya.

<

Kisah Pemandu Bas Transnasional

Image
Mak gua cerita pagi tadi:

Dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Lipis, menaiki bas Transnasional. Bas tu bawak pepalih laju, terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan. Penumpang dah naik resah. Anak-anak kecil mula menangis dan ada penumpang yang mabuk dan muntah atas riba penumpang di sebelah mereka.

Maka tampillah seorang hero. Seorang brader berbangsa india yang sangat risaukan keselamatan penumpang bas yang lain. Dia mendekati pemandu bas tersebut dan mula sound,

"Hello incik, awak tahu tak berapa ramai nyawa dalam ini bas? mengapa mahu laju-laju juga bawak? Perlahankan la sedikit ini bas.."

Pemandu bas tersebut ternyata tersinggung dengan sound brader india tadi. Lantas dia menukar gear dan terus 'put the pedal to the metal'. Dah la bas tu laju, jadi makin laju. Penumpang ada yang dah nangis-nangis ketakutan. Ramai di antara penumpang sudah ternampak cahaya di hujung nyawa mereka. Bas juga melakukan aksi kona-baring sampai terangkat tayar melalui jalan yang …

Konsert The Cure Extended : Lawatan ke Danga Bay

Image
Keesokkan harinya gua bangun pagi. Amar, Pipi dan Mael masih terpukang kat bilik hotel. Gua keluar dan meronda-ronda sekitar bandar JB menghirup udara pagi sambil usyar kedai cari shampoo. Lepas tu gua naik ke hotel. Lepas mandi dan checkout, kami pergi ke stesen keretapi untuk meletakkan beg. Ketapi pulang ke Kuala Lipis adalah pukul 7.15pm. Jadi kami masih ada beberapa jam nak ronda-ronda dan menengok keindahan bandar Johor Bahru.


Sebelum trip ini gua ada nengok DVD Super Size Me yang gua pinjam kat Jamal. Menyebabkan gua jadi kangen nak pekena McDonald. Lalu kami singgah di McDonald City Square dan mempekena santapan 'perfect grade', burger, ayam goreng, sundae dan tidak lupa juga tapau Apple Pie untuk dimakan dalam ketapi kang.



Lepas shopping lebih kurang kami menjadi buntu. Petiba Pipi mencadangkan agak kami pergi ke Danga Bay. Katanya alang-alang dah sampai Johor apa cerita tak pergi sana. Gua tak sedikit pun memikir panjang mengenai cadangan dia dan terus mengangkat tanga…

Gua Demam

Image
"Mana rock kalau rockers demam?!"

Pegi mati ler.. Gua baharu sahaja selamat tiba di tanah air selepas hampir 3 hari ketiadaan menengok konsert The Cure di Singapore. Bagi gua, sakit demam, selsema dan batuk berkahak (yang serius) adalah permainan bagi gua. Dalam setahun gua akan kena mende ni sekitar 5-8 kali.

Mungkin ini semua akibat penangan Robert Smith dan Simon Gallup. Ataupun mungkin kerana gua telah menghabiskan 16 jam di dalam gerabak keretapi yang bersuhu sub-zero sambil mengontrol hensem sebab ada awek duduk kat depan. Pepehal, enjoy tak ingat dunia pasti ada akibatnya.

Sessi jamming mingguan yang dijadualkan isnin juga mungkin terpaksa dibatalkan.

Waima gua akan usahakan report terunggul trip ke singapore ni. Sampai gua sehat nanti baru gua publish. Ada banyak gambar-gambar kontroversi yang gua berjaya tangkap. Skang gua apa pun takde mood nak buat.

Berbekalkan sekampit DVD yang gua angkat kat JB tempohari, gua harap gua akan berjaya melalui waktu-waktu sakit ni tanpa …