Posts

Showing posts from September, 2007

The Final Stretch Is Always The Hardest

Gua skang kat Parit Buntar, negeri apa gua tak tau. Negeri sembilan rasanya.
Puasa pun dah dekat, duit gua pun dah habih. Maka skang gua dalam
perjalanan paling jauh sekali sepanjang trip ini. Hampir 40 jam
perjalanan merangkumi semua 6 jenis pengangkutan awam one after
another non-stop.
Final Destination: Home
KUALA LIPIS, AKU DATANG!!

Geruh Puaka Gunung Raya

Semalam, berbekalkan motor EX5 impak maksima yang disewa khas, kami
merempit ke sekitar Pulau Langkawi. Memula gua bertarung ngan helang
raksasa, pastu pekena terjun tiruk kat Telaga Mahsuri.
Bila start merempit ke puncak Gunung Raya, horror menimpa. Motor
pancit di tengah jalan. Dah la tengah-tengah hutan, haiwan liar, puaka
rimba semua usyar kitaorang. Wtf betul la.
Trip kami diakhiri dengan sunbathing di Pasir Tengkorak.
Next stop: Unknown

Bertemu Helang Raksasa

Setelah mengharungi ancaman crook dan pelacur tepian di Pulau Pinang,
kini kami tenang di Pulau Lagenda. Bunyi ombak menghempas pantai, bayu
laut berpuput lembut dan view (view!) yang menenangkan.
Gua juga nyaris histeria mengetahui harga rokok di sini. Semuanya half
price. Cis! this must be heaven.
Fakta Menarik: Helang Raksasa juga dikenali sebagai Garuda.

Live From Alor Star (Aloq Staq)

Dalam suasana pilu, kami meninggalkan limpahan kari bermutu di Pulau
Pinang. Perjalanan tetap perlu diteruskan.
We Need Help: sesiapa boleh volunteer tolong pick-up laundry kitaorang
kat jalan Chulia penang. Kos akan ditanggung 100%. Sila menghubung gua
melalui Gmail. Sebab hari ni ahad dan kedai tersebut tutup. Gua harem
lupa. Sesiapa berminat bolehlah mengontek gua untuk maklumat lanjut.
Next Stop: Pulau Lagenda

Sumpahan Nasik Kandar

Nasik kandar kat sini memang bisa. Awek pun cun tak hengat. Jesteru,
malam semalam kami membuat keputusan saat-saat akhir untuk meng-extend
lagi sehari di Pulau Pinang.
Kami mempekena mende-mende clichè seperti Bukit Bendera dan Buah Pala.
Fakta Menarik: Penang is almost impossible to navigate with out a map.

Nasik Kandar Dua!!

Public transport horror: Memula keluar dari hotel kat Ipoh naik teksi.
Teksi gearbox rosak. Dia panggil teksi lain. Teksi tersebut rip-off
fare. Sampai Medan Gopeng, kena rip-off tambang bas. Bas tu pulak
absorber macam harem. Macam naik kuda. Nasib baik dia tak laju.
Lepas naik feri dari Butterworth ke Georgetown, kami melempiaskan
nafsu terhadap 2 pinggan nasik kandar. Pehh.. Bisa!

Ipoh Mali Talak Sombong

Semalam dari KL kami terus menuju ke Ipoh. Selepas 2 malam tido atas
lantai di rumah teman selebriti, kali ni kami tido di sebuah hotel
bersejarah yg sangat vintage. Pagi setelah habiskan semua makanan
complimentary breakfast hotel tersebut, kami ronda-ronda bandar Ipoh
dan pekena Old Town White Coffee sebagai jurus finishing.
Next Stop: Pearl Of The Orient.

Ipoh Mali Talak Sombong

Semalam dari KL kami terus menuju ke Ipoh. Selepas 2 malam tido atas
lantai di rumah teman selebriti, kali ni kami tido di sebuah hotel
bersejarah yg sangat vintage. Pagi setelah habiskan semua makanan
complimentary breakfast hotel tersebut, kami ronda-ronda bandar Ipoh
dan pekena Old Town White Coffee sebagai jurus finishing.
Next Stop: Pearl Of The Orient.

Port Dickson Finale: Kota Lukut

Kami meneruskan kerja-kerja ekskavasi di Kota Lukut. Juga menemui
serpihan tembikar dan pinggan lama. Ini port terakhir kami di Negeri
Sembilan.
Next stop: Kuala Lumpur, Aku Datang!!

Live From Seremban

I woke up to a very sunny morning today. Namun tubuh gua masih terasa
'soggy' dan melemah ekoran dari ronda-rondi semalam.
Dalam keadaan melemah tersebut kami hiking 800 meter naik bukit ke
rumah api Tanjung Tuan/Cape Rachado dalam jajahan Melaka di Port
Dickson. The view from the top was breathtaking. Pastu kami hiking
lagi dan jumpa pantai secluded yg sangat cantik. Gua berlari memecut
ke northen most point of Cape Rachado. The experience was magical!
Highlight Hari Ini:
-jumpa kuburan misterius
-pekena cendol perasa diraja
-lakonan semula siri Lost
-gua sumpah nampak penyu!
Ekoran dari hiking yang ekstrem, malam ni masih mandatori rest-stop di
P.Dickson.Fakta Menarik:
Gua menginap di rumah seorang member selebriti.--
Kumprinx
Pyrokumprinx Advanced Media
www.kumprinx.com

Mandatory Rest-Stop: Port Dickson

Melaka was worth every hour spent! Seharian kami menapak keliling town
menjejak sejarah. Malah kami juga sama sibuk dengan kerja-kerja
ekskavasi sungai Melaka. Banyak jugak duit syiling lama yang dibawa
naik dari dasar sungai Melaka tu.
Skang gua kat Restoren Jimat, PD di mana awek-awek solid datang silih
berganti. Esok we'll spend one whole day di Negeri Sembilan ni
jenjalan.
Highlight Melaka:
-menjejak entiti di Dutch Graveyard
-tiruk Telaga Hang Tuah
-Horror di Makam Hang Tuah
-karaoke di A'Farmosa
-ditahan pihak berkuasa untuk kawad cam kes rogol
...dan banyak lagi! Nantikan full report bila gua balik nanti.

Touchdown Melaka!

Akhirnya sampai jugak Melaka. Sebelum itu kami naik bas horror
"gearbox drop" dari Tampin. Sampai Melaka Central naik teksi horror
pemandu mengantuk. Bape kali dia brek emegensi.
Skang gua lepak kat sebuah hotel vintage tak jauh dr pusat bandar.
Vintage tak vintage ler, dia punya window knob entah tahun bila punya
teknologi. Jangan-jangan berhantu.
Gua seriau nak bukak almari dia. Kang bukak jatuh bergolek kepala orang. Hish!
Kami akan bermalam kat sini semalaman sebelum bertolak ke Port Dickson
petang esok.

Terhiling-hiling Di Gemas

Dalam perubahan rancangan di saat-saat akhir, kami turun di Gemas.
Dengan cara ini bolehlah kitaorang naik ketapi Ekspres Rakyat ke
Tampin. Gua tak pernah naik ketapi route ni. Masa kecik dulu selalu
gak dengar lagu Ekspres Rakyat ni. Menyampah gak. Sampai pukul 12.30pm
ni kang gua dan Mael akan terhiling-hiling di Gemas ni.
Fakta Menarik: Perut gua memulas tahap optimum.

Hanya ada 8 jam saja lagi

Tak lama lagi gua nak gerak.