Wednesday, March 21, 2007

WTF Moment : Gambar Norlia Ghani Masa Muda


Bergetah beb..

Jangan tanya kat mana aku jumpa gambar Norlia Ghani (aka Norlia Ramli) ni. Gambar ni seingat aku awal 80an dulu. Gua snap dari album gambar. Gambar sapa lagi ada dalam album tu? Search ngan SYJ. Semua stok rock kapak/pedang 80an. Gambar kat satu gig kat ceruk mana tah, stage papan dinding atap zink ngan banner kain tulis freehand jadi backdrop. Gua memang suka mende-mende old-school dan klasik.

Fakta Menarik : Norlia Ghani ada Wikipedia Entry dia sendiri

Thursday, March 15, 2007

Paling Horror



Berikut adalah rentetan peristiwa kejadian misteri yang paling horror pernah berlaku kat gua sepanjang tahun ni. Sekarang gua masih lagi berada dalam keadaan traumatik dan shock di atas apa yang telah menimpa gua ni. Cerita-cerita macam ni biasa korang jumpa dalam majalah Mastika je.

Jika Anda :
-Pesakit Jantung
-Ibu mengandung
-Selalu trauma dengan perkara-perkara horror

Hentikan pembacaan anda, gua dah warning.

Begini ceritanya..

Malam tu seperti biasa rocker macam gua ni bersiap-siap kat umah untuk rutin melepak harian. Ketika sedang asyik mengenakan pakaian, gua terdengar bunyi mencicit kat luar bilik gua. Itu jam gua tak ambik pot dan menganggap itu hanya bunyi tikus. Selalu dalam bilik gua, gua sering bergelumang dengan tikus. Lantas setelah berpuas hati dengan penampilan gua malam tu, gua mengorak langkah ke kedai Pak Ali (Pork Lee) di Jalan Masjid Indie, Kuala Lipis untuk melepak. (Fakta Menarik : Gua ada cermin 'life-size' dalam bilik gua. Bukan gua punya) Sembang punya sembang jam telah menunjukkan pukul 2.00am. Malam tu gua planning nak siapkan ada beberapa kad nikah kahwin yang gua perlu dihantar keesokkan harinya.

Karena ingin berjaga sepanjang malam gua singgah kat kedai 7-11 yang berdekatan untuk angkat beberapa jajan dan air minuman tenaga 'Sting'. Kemudian gua terus blah menuju ke workstation gua yang terletak di railway station, Kuala Lipis. Masa lalu kat jalan jelai gua rasa motor gua macam berat semacam je, terutama di selekoh tajam. Itu jam aku harem tak pikir apa-apa, gua bajet angin tayar tak cukup je. Cuma aim gua hanyalah satu, cepat siap keje, cepat boleh tido sebab mata gua pun dah tak berapa larat dah ni.

Sampai kat ibusawat gua terus start melukis 'Pelan Ke Rumah Pengantin Lelaki' dan 'Walimatul Usus'. Tak semena-mena ada bau yang aneh menyelubungi. Gua amati bau tersebut, sebab kemungkinan besar bau orang kedai sebelah masak mee goreng. Ternyata dugaanku meleset.

"Ini macam bau Chekor dan Jerangau ni..", hati gua berbisik. Roma-roma di sekeliling lengan gua menaik dek kerna teringat kata orang tua-tua, kalau hiking dalam hutan terbau chekor ngan jerangau, maknanya ada kampung bunian berdekatan. Dan bau ini sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus.

Mata gua melilau ke kiri dan ke kanan kerana gua risau, jika benar adanya makhluk halus di sekeliling gua, janganlah ianya menyerupakan diri. Gua mungkin pengsan. Bau tersebut makin lama semakin kuat. Mata gua semakin berpinar.

Gua semakin seriau/risau(kacau-bilau)..

Pandangan gua jadi tak menentu. Itu jam gua rasa sangat horror. Dalam ketakutan gua menundukkan kepala.

Tetiba gua terlihat kesan tompok-tompokan kat seluar gua. Nampak macam darah. Detik itu gua tak dapat terima lagi apa yang berlaku. Gua dah macam hilang pertimbangan.

15 minit kemudian..

Kasut, seluar, tempat pijak kaki motor ngan motor-motor sekali gua basuh di pagi yang hening tu. Tak cukup ngan tu gua juga telah menyapukan cecair antiseptik di kawasan yang terlibat. Memang potong stim.

Hari ini gua akan ingat sebagai hari di mana buat pertama kali dalam satu jangkamasa yang sangat panjang, terpijak taik kucing.

Sunday, March 11, 2007

Kau Pandai Mengeja?!


Kau pandai mengeja?

Rokok SKL : Rasa Macam Papan


Setelah kena hasut selama 10 saat dengan budak kaunter tu, gua pun membeli rokok SKL ni. Perasa strawberry rasanya. Kotak warna hitam, rokoknya pun warna hitam. Walau se-stylo mana pun rokok ni, namun kalau rasa macam papan tak hingin aku nak isap. Dia punya kelebihan hanya dari segi aroma, namun flavour dia tetap rasa macam rokok murahan. Menyesal aku beli. Pulang balik duit aku!

Friday, March 09, 2007

Visor Helmet Baru


"Siang menjadi Darth Vader/Cobra Commander, Malam menjadi Kassim Selamat.. "

Monday, March 05, 2007

Muse Concert Report Extended


Klik Untuk Beso

Cekidaut the Full Report kat www.kumprinx.com

Sewaktu ke Konsert Muse tempohari gua jugak sempat menyambar beberapa barangan.

Tali pinggang cap 'Muse'
Tali pinggang ni dia jual kat dalam stadium. Official merchandise. Kebetulan tali pinggang yang gua pakai skang ni dah usang dan lusuh. Ada satu je kat booth merchandise tu. Gua terus sambar tanpa banyak berfikir lagi. Kepala dia stainless steel berukir muse. Dan kat tali dia ada tulis 'Blackholes and Revelation' Rare tak rare ler.. korang boleh nengok kat official website diaorang.

Muse Wristband
Gua dengan wristband memang tak dapat dipisahkan lagi. Juga unit terakhir kat booth tu. Gua terus sambar. Tapi ia terlalu lebar untuk kegunaan seharian. Gua ingat nak simpan dan pakai time perform je. Official Site

Dunhill FineCut
Kat Lipis takde jual. Lebih panjang dari Dunhill biasa. Bara dia lebih intense menghasilkan flavour yang lebih kompleks dari biasa. Skang dah habih.

DVD Honey And Clover
Gua kongsi duit ngan mael beli. Memang dah lama plan nak angkat. Antara anime yang terbaik pernah aku layan.

Tag Muse
Ni cap ayam punya. Bukan official.

Serpihan Belon
Ini adalah serpihan belon masa konsert tu. Gua bawak balik untuk kenang-kenangan.

Juga cekidaut Laporan Istimewa Konsert Muse di Kuala Lumpur kat mother site www.kumprinx.com