Thursday, August 30, 2007

Badi Sungai Jelai


Sungai Jelai adalah sebuah sungai yang menusuk terus through the heart of Kuala Lipis. Dalam bandar Kuala Lipis, kita boleh nengok Sungai Jelai dari Jalan Jelai. Jalan Jelai ni zaman dulu adalah port 'brothel' (rumah pelacuran) yang terkenal bagi pelombong-pelombong Empang Jaleh, sebuah lombong emas yang terkenal (kini Empang Jaleh diusahakan oleh syarikat luar negara dan gua tak tahu emas tu semua pegi mana). Sesuatu yang unik pasal rumah pelacuran di Jalan jelai ni satu ketika dulu adalah ianya terletak di rumah-rumah terapung sepanjang Sungai Jelai. Kalau kita pacak rumah atas tanah orang, tentu tuan tanah akan halau, tapi kalau kita buat rumah atas sungai kira macamana?

Pada tahun 1990-91 (gua tak berapa hengat dah) gua pernah tengok pertandingan menyelam kat Sungai Jelai ni sempena Karnival Lipis tahun tu. Pastu depan mata gua nampak seorang peserta ni hanyut lalu mati lemas. Banyak juga kes-kes orang nampak jembalang kat tebing Sungai Jelai ni. Jembalang sungai tersebut selalu juga naik ke darat dan usyar-usyar. Kes-kes 'sighting' masih berlaku hingga ke hari ini. Juga ada satu kes yang pernah direkodkan, ada beberapa kutu pegi mengail tengah-tengah malam kat Sungai Jelai ni naik bot. pastu diaorang nampak beberapa ekor monyet bermain-main kat rimbunan pokok di tebing sungai. Tetiba diaorang nampak sesuatu yang sangat besar keluar dari sungai dan baham monyet tersebut seluruhnya dengan sekali ngap.

Lagenda mengatakan Sungai Jelai ni akan mark semua penduduk jati Kuala Lipis ni. Engkau tak akan dapat pergi ke mana-mana setelah korang rasa air Sungai Jelai. Kalau korang berhijrah ke luar, lambat laun pasti korang akan settle down kat Kuala Lipis balik sebab tak kena air Sungai Jelai. Orang zaman dulu kalau pegi naik aji, diaorang akan bawak sebotol air Sungai Jelai yang berkarat tu. Ini semua demi untuk mengelakkan perkara buruk berlaku pada diaorang sepanjang perjalanan (dan terpaksa dihantar balik ke Kuala Lipis). Di waktu malam hari, jika kita berdiri kat tebing sungai tu, dan dengar dengan teliti bunyi deruan airnya, kita akan dapat dengat Sungai Jelai memanggil-manggil nama mereka anak jati Kuala Lipis yang telah keluar dari Kuala Lipis. Kalau siangnya korang mandi kat Sungai Jelai ni, walaupun rendam kaki je, baik korang mandi sebelum tido. Sebab Sungai Jelai akan panggil korang balik ke dalam sungai. Kalau korang ludah dalam sungai tu, bersedialah untuk mengalami tersedak yang sangat serius, takpun terlekat tulang ikan sungai kat kerongkong.

Masa banjir besar yang pertama dulu (bukan yang tahun 70an tu) orang nampak tiang elektrik hanyut. Tapi ia bukan tiang elektrik sebaliknya ikan patin bersaiz raksasa yang naik ke darat sebab air naik. Body ikan patin tu berlumut dan berkarat laksana dah berusia beratus-ratus tahun. Bunyi insang dia jelas kedengaran macam bunyi gajah mengaum. Legend has it that, sampai hari ini, ikan tersebut masih wujud dan masih berenang bebas dalam sungai Jelai ni. kadangkala juga air Sungai jelai akan berkocakan dengan pattern yang aneh jika menandakan Ikan Patin raksasa tersebut sedang berenang di dasar sungai.
Fakta menarik : Kuala Lipis pernah fight ngan Temerloh untuk nama Bandar Ikan Patin.

Sungai Lipis pulak bertemu dengan Sungai Jelai kat Tanjung Lipis. Sebuah jambatan keretapi steampunk telah dibina kat atas persimpangan sungai ni. Kalau lalu kat jambatan keretapi tu korang akan dapat nengok view pertemuan dua buah sungai ni. Zaman dulu kat area ni ada satu kawasan berpasir (macam tepi pantai). Ia dinamakan Pasir Pakat. Zaman dulu ketika British mula-mula memperkenalkan perubahan dalam pentadbiran negeri pahang (circa 1887-1891), diaorang bertemu dengan Datuk Bahaman at this very place. Pastu Datuk Bahaman tak bersetuju dengan perkara ini. Di situlah dia menyebut satu ayat yang sehingga kini menjadi motto hidup gua yang berbunyi "Pantang tarik puntung sebelum padam nyala".

Rujukan : PAHANG - Sejarah Dan Budaya (Norazit Selat, lembaga Muzium negeri Pahang 2000)
Gambar Header : Mael - Kumprinx Overlooking Sungai Lipis (janji sungai)
Nota : 60% daripada cerita di atas gua reka sendiri, 10% fakta dan 20% cerita rakyat yang tidak diketahui kesahihannya.

Tuesday, August 28, 2007

testing lagi.. bila nak jadi da.

Adalah menjadi satu perkara yang sangat rare bagi gua untuk membuat penampilan istimewa di sebarang majlis perkahwinan, namun kali ini gua harus turun jugak. Sebab yang kahwin ni, I've spent 10% of my lifetime's laughter saving dengannya.

<

Saturday, August 25, 2007

Kisah Pemandu Bas Transnasional


Mak gua cerita pagi tadi:

Dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Lipis, menaiki bas Transnasional. Bas tu bawak pepalih laju, terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan. Penumpang dah naik resah. Anak-anak kecil mula menangis dan ada penumpang yang mabuk dan muntah atas riba penumpang di sebelah mereka.

Maka tampillah seorang hero. Seorang brader berbangsa india yang sangat risaukan keselamatan penumpang bas yang lain. Dia mendekati pemandu bas tersebut dan mula sound,

"Hello incik, awak tahu tak berapa ramai nyawa dalam ini bas? mengapa mahu laju-laju juga bawak? Perlahankan la sedikit ini bas.."

Pemandu bas tersebut ternyata tersinggung dengan sound brader india tadi. Lantas dia menukar gear dan terus 'put the pedal to the metal'. Dah la bas tu laju, jadi makin laju. Penumpang ada yang dah nangis-nangis ketakutan. Ramai di antara penumpang sudah ternampak cahaya di hujung nyawa mereka. Bas juga melakukan aksi kona-baring sampai terangkat tayar melalui jalan yang penuh berliku. Ada jugak pakcik-pakcik yang membaca Surah Yassin dengan kuat dan berdoa akan keselamatan diaorang dan semua penumpang.

Gua yakin drebar bas tu memang dah gila. Tak boleh orang sound sikit. Orang sound pun untuk kebaikan bersama. Ini tidak, keras kepala. Tak tahu sekarang ni musim bas terbalik?

Tetiba out of nowhere, ada seorang lelaki berjubah, berjanggut putih dan memakai ketayap mendekati pemandu bas tersebut. Dia berbisik ke telinga pemandu bas. Selepas itu bas menjadi semakin perlahan. Pemandu bas juga sudak mula bersikap seperti orang normal, bukan orang gila tak makan saman dah mengantuk pun masih mahu memandu entah hape dia nak kejar bawak laju-laju macam setan.

Selepas kejadian itu, bas berjalan perlahan dan ada sesetengah penumpang mengaku mereka menyaksikan air mata pemandu bas tersebut mengalir di pipinya. Semua penumpang berasa lega.

Setibanya bas di Kuala Lipis, harem takde kelibat pakcik berjubah yang sound pemandu bas tadi turun dari bas.

Siapakah gerangan pakcik tersebut?

Fakta menarik : Cerita telah ditokok tambah untuk lebik kick.

Friday, August 10, 2007

Konsert The Cure Extended : Lawatan ke Danga Bay


Keesokkan harinya gua bangun pagi. Amar, Pipi dan Mael masih terpukang kat bilik hotel. Gua keluar dan meronda-ronda sekitar bandar JB menghirup udara pagi sambil usyar kedai cari shampoo. Lepas tu gua naik ke hotel. Lepas mandi dan checkout, kami pergi ke stesen keretapi untuk meletakkan beg. Ketapi pulang ke Kuala Lipis adalah pukul 7.15pm. Jadi kami masih ada beberapa jam nak ronda-ronda dan menengok keindahan bandar Johor Bahru.



Sebelum trip ini gua ada nengok DVD Super Size Me yang gua pinjam kat Jamal. Menyebabkan gua jadi kangen nak pekena McDonald. Lalu kami singgah di McDonald City Square dan mempekena santapan 'perfect grade', burger, ayam goreng, sundae dan tidak lupa juga tapau Apple Pie untuk dimakan dalam ketapi kang.



Lepas shopping lebih kurang kami menjadi buntu. Petiba Pipi mencadangkan agak kami pergi ke Danga Bay. Katanya alang-alang dah sampai Johor apa cerita tak pergi sana. Gua tak sedikit pun memikir panjang mengenai cadangan dia dan terus mengangkat tangan menahan teksi on the spot.



Selepas membayar tambang RM7 kami tiba di Danga Bay. Dengarnya siang hari kat sini tak berapa havoc. Tapi keadaannya ok la. Scenery pun cantik dengan angin berpuput lembut sepoi-sepoi bahasa. Kami mempekena minum di pinggiran air laut. Itu jam gua rasa kalau tak pekena Laksa Johor memang lawatan gua je JB ni tak complete. Gua pun order dan harganya RM4 pepalih mahal.

Selepas makan kami ronda-ronda dan bergambar kenang-kenangan (gua menyampah perkataan kenang-kenangan ni). Ada juga orang jual-jual ala-ala expo gitu dan ada jugak pasangan pengantin buat photoshoot kat situ. Selepas letih, kami kembali menahan teksi dan kembali ke stesen keretapi untuk sessi membeli-belah yang terakhir sebelum berangkat pulang. Gua sempat sambar senaskah novel remaja untuk dibuat rujukan.



Selepas itu kamipun balik. Gua sempat jumpa orang Lipis sorang entah sapa nama dia gua tak pasti yang naik ketapi yang sama ngan kitaorang. Dalam perjalanan balik ada 3 orang makwe naik kat Segamat menyebabkan perjalanan pulang itu lebih berseri walaupun badan dah tak hengat letih. Dah la badan letih, lagi nak kontrol hensem.

Sampai Kuala Lipis, gua terus demam. Begitulah berakhirnya trip kami ke Singapore untuk menengok Concert The Cure. Walaupun letih, tapi kami gembira.

Jangan Lupa Cekidaut :
The Cure Live In Singapore - Full Report
 
Konsert seterusnya : Search 31 Ogos 2007

Sunday, August 05, 2007

Gua Demam


"Mana rock kalau rockers demam?!"

Pegi mati ler.. Gua baharu sahaja selamat tiba di tanah air selepas hampir 3 hari ketiadaan menengok konsert The Cure di Singapore. Bagi gua, sakit demam, selsema dan batuk berkahak (yang serius) adalah permainan bagi gua. Dalam setahun gua akan kena mende ni sekitar 5-8 kali.

Mungkin ini semua akibat penangan Robert Smith dan Simon Gallup. Ataupun mungkin kerana gua telah menghabiskan 16 jam di dalam gerabak keretapi yang bersuhu sub-zero sambil mengontrol hensem sebab ada awek duduk kat depan. Pepehal, enjoy tak ingat dunia pasti ada akibatnya.

Sessi jamming mingguan yang dijadualkan isnin juga mungkin terpaksa dibatalkan.

Waima gua akan usahakan report terunggul trip ke singapore ni. Sampai gua sehat nanti baru gua publish. Ada banyak gambar-gambar kontroversi yang gua berjaya tangkap. Skang gua apa pun takde mood nak buat.

Berbekalkan sekampit DVD yang gua angkat kat JB tempohari, gua harap gua akan berjaya melalui waktu-waktu sakit ni tanpa sebarang masalah.

First up: Rambo (3 movie sekaligus)

Ucapan takziah, kalungan bunga, derma kilat bolehlah dihantar mulai sekarang.