Wednesday, August 26, 2009

Sure Pekat Final : Kuala Lipis Jamming Festival 200

Disember 2003 - Sure Pekat Pertama
Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis.


Gua berdiri di atas pentas. Berdebar. Gitar tersandang di bahu. Jari terpacak kat fret. Gua pandang sekeliling. Semua mata bertumpu ke arah gua. Berminggu-minggu sebelum tu gua bertungkus lumus menerangkan apa sebenarnya Sure Pekat ni kepada orang ramai. Itu jam, konsep Pay To Play (P2P) memang sangat asing, apatah lagi sebuah acara muzik yang bukan pertandingan, gua hanya nak band-band tempatan kat Kuala Lipis ni, main, dan enjoy dalam satu acara muzik yang santai dan rilek. Maka bila semuanya sudah selesai, gua harus jadi band yang pertama sekali main. Sebab tiada siapapun yang tahu apa yang akan berlaku, jadi takde sapa yang nak jadi band pertama. Gua sendiri jadi band yang pertama perform, untuk Sure Pekat yang pertama sekali diadakan.

"Bismillah.." kata gua dalam hati. Grenggg!!! Bunyi gitar gua menandakan bermulanya satu legasi pengurusan acara 'indie' yang pertama seumpanya dalam sejarah Kuala Lipis ini. One of a kind.

Ogos 2009 - Sure Pekat Final
Kompleks Alamanda, Kuala Lipis.


Sure Pekat Final, by comparison adalah Sure pekat yang paling sakses. Acaranya sungguh santai. Takde tergelincir sedikitpun. Semuanya ikut plan. Crowd boleh tahan ramai. Band-band semua menepati masa. Semua orang terhibur dan enjoy. Semua genre ada, rock kapak, 'indie', black metal.Menjelang petang, these bands are shuffling their band members for a collaboration like no other. Terlalu banyak bakat-bakat yang baik, band-band sendiri berusaha memastikan show berjalan sepertimana yang diaorang nak. Kalau tak cukup kaki, band lain tampil membantu.

Sure Pekat Final diadakan di tengah-tengah bandar Kuala Lipis. Kereta-kereta yang masuk ke town semua memperlahankan kenderaan masing-masing untuk tengok apakejaddahnya yang bising sangat ni. Peniaga-peniaga Kompleks Alamanda tersenyum lebar, hari ni untung besar. Pelancong asing tersengih-sengih ambik gambar budak moshing. Sorak sorai, gelak ketawa, saling sweet-menyesweet.

Gua tersengih di satu sudut. Gua bangga budak-budak Kuala Lipis ni dah semakin berbakat. Dibandingkan dengan 7 tahun dulu, crowd Kuala Lipis skang ni dah semakin matang dalam scene muzik ni. Untuk itu gua hadiahkan diaorang Sure Pekat. Satu platform untuk diaorang ketengahkan bakat diaorang. Ahli jawatan kuasa macam biasa hanya gua dan Mael. Gua tak pernah profit dari Sure Pekat ni. Walaupun tak tido malam, tak sempat makan nasik letih ke hulu-ke hilir, by the end of the day semuanya berbaloi-baloi.

Namun semua yang bermula pasti akan berakhir. Gua rasa gua dah tak boleh lagi dah invest masa yang sebegitu banyak untuk Sure Pekat ni. Priority gua dah sedikit berubah skang ni. Gua harap lepas ni ada pulak kutu yang brave untuk anjurkan event yang macam gua buat ni. Sebab tu lah gua dan Mael organise Sure Pekat Final pada tahun ini. Sebagai acara penutup untuk 7 tahun rockin yang ekselen.

Malam tu..

Gua berdiri tengah-tengah. Kiri gua, KOL. Kanan gua, Mael bersedia dengan gitarnya. Sebelum bermula gua menyampaikan sepatah dua kata,

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyokong saya selama ini. Band-band, dan krew-krew bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk semua Sure Pekat yang sebelum ini. Dengan ini saya mengundur diri dari penganjuran acara ini. Lepas ni takde lagi Sure Pekat, tapi jangan biarkan muzik itu berhenti. Ini adalah persembahan terakhir, untuk Sure Pekat yang terakhir..."

Time tu gua dah sebak.

Tuesday, August 04, 2009

Pilih Bulu

Dari jauh gua nampak pinggulnya yang meliuk-liuk ke kiri dan ke kanan. Belum sampai lagi wangi perfume dari tubuhnya telah menyengat hidung gua. Gua bertenang dan buat buat rilek. Makwe itu mula melangkah naik ke library gua. Gua sengih macam biasa.

"Eeeuuww.. buruknya library ni. Panas!" katanya.
"Memang panas sikit dik. Kalau tak tahan duduk la kat kipas tu.." gua cuba yang terbaik.
"Buku-buku baru takde ke? Semua buku dah buruk. Macamana nak baca?"
"Buku-buku baru ada, semua dah bercampur-campur. Cuba la tengok-tengok"
"Novel-novel english ada? Saya tak baca novel melayu ni. Meleleh, takde kelas"
"Ada, kat situ" gua menuding ke arah seksyen 'Fiksyen Inggeris'.
"Ish! Ini buku zaman bila?! Yang baru-baru takde ke? Harry Potter ke?"
"Err.." itu jam gua tak tau macamana nak counter sikap makwe ni.
"Harry Potter pun takde?! Takpelah! Tak best langsung library ni!" Awek tu blah. Gua lega sebab tak perlu melayan perangainya lagi.

Sejam berlalu. Kami bergerak ke lokasi lain pulak. Kali ni kami masuk ke estet koko yang besar. Kat sini pengguna library terdiri daripada anak-anak pekerja ladang. Termasuk sorang budak ni. Gua rasa dia baru tingkatan 1-3 gitu, tapi dia selalu pinjam novel inggeris yang tebal-tebal. Bila dia pulang buku, pasti ada komentar tentang buku tersebut dari beliau. Gua tak nak kalah, gua layan jugak. Gua yakin dia pengguna yang betul-betul true dan memang baca buku-buku yang dipinjam. Tak macam budak-budak lain yang pinjam buku sebab kawan-kawan dia pinjam jugak untuk nampak trendy. Pastu buku berkuap tak baca kat umah.

Budak ni pulang 2 naskah buku. Gua ambik dan masukkan kembali ke dalam rak. Sementara dia membelek-belek buku-buku yang hendak dipinjam. Gua bukak laci dan bawak keluar sebuah buku yang boleh tahan tebal. Dah seminggu gua simpan buku tu sebab nak bagi dia pinjam.

"Dik, Harry Potter dah baca?! Buku ni baru sampai minggu lepas.." kata gua sambil menunjukkan buku tersebut.
"Wow! Harry Potter!" matanya bercahaya.

Selesai proses pinjaman, budak tu berlari keluar. Sambil lari pun beliau dah start baca mukasurat pertama buku tersebut. Ketika library gua mula bergerak untuk kembali ke ibusawat gua nampak budak tu baring kat ruang tamu rumahnya. Dan terus membaca dengan tekun.

Sambil bersandar kat seat 'semi-bucket' gua, hati gua berbisik, "Pilih bulu jugak gua ni rupanya.." Sepanjang perjalanan gua senyum.