Featured

Muse World Tour '07 Live At Stadium Negara, Kuala Lumpur - The Full Report by Kumprinx

Addenda(2023):Keep in mind that this report is written way back in the year 2007. I was a different person back then. Young and full of anger. No major updates or addition except for some spelling and profanity. Originally published on 5th March 2007 on my blog. Brought back from the depth of the internet in conjunction with the return of Muse on July 2023 for their Will Of The People Tour happening on 29th July 2023. 

Fakta Menarik: Konsert ditaja oleh Tiger Beer.

Mukadimah

Muse, dari UK yang terbukti kehandalan mereka apabila baru-baru ini memenangi anugerah Best Live Act di Brit Awards 2007. Band yang wajib korang nengok untuk mengetahui erti sebenar Live Band. Tiket untuk konset diaorang sold-out full house 2 minggu sebelum konsert.

Bab 1 : Abang Matt nak datang

Khabar angin kehadiran 3 kutu dari Teignmouth, UK ni dah kedengaran 2 tahun yang lalu. Tahun lepas rasa macam dah nak jadi sangat tetapi tetiba tak jadi dan tak dengar berita langsung. Ketika sedang hang-out satu malam gua terdengar bahawa Muse nak turun Singapore. Selepas meng-karate meehun goreng di hadapan gua, secepat kilat gua merangka lawatan ke Kota Singa tersebut untuk nengok Abang Matt (Matthew Bellamy) secara live. Walaupun ada lagi khabar angin mengatakan diaorang akan turun Malaysia jugak akhirnya, namun gua tetap merancang untuk naik ketapi pegi singapore sebagai fail-safe.

Barang-barang koleksi peribadi sudah dikumpulkan untuk dijual, besi-besi buruk tepi jalan tak pernah lepas dari pandangan. Gua nekad mengumpul dana yang secukupnya untuk menuju konsert Muse di Singapore tersebut. Blueprint pelan bank-bank tempatan dah ada dalam genggaman. Ketika perancangan sedang asyik berjalan tetiba gua ternampak Kuala Lumpur, Malaysia di dalam jadual tour diaorang. Itu jam bulan Disember tak silap aku. Pucuk dicita, ulam pegaga.

Time tu, hari-hari aku nengok website Galaxy Entertainment tu nengok kot-kot tiket dah jual ke belum. Namun belum jual lagi. Duit yang gua dah stenbai tu semakin hari semakin sedikit. Rokok lagi, minyak motor lagi, ayam kentaki lagi. Gua semakin runsing.

Bab 2 : Tiket

Tiba-tiba, satu ahad nan indah, sedang kami asyik jamming di Oxygen Studio, tetiba kami mendapat SMS dari Awan mengatakan tiket sudah dibuka untuk jualan. Dan pada hari tersebut tiket dijual dengan potongan 30%. Awan juga sedang que nak beli tiket. Gua termenung seketika. Itu jam gua haram tak stenbai duit. Gua hanya ada RM300 je. Tiket Rock Zone Rm113 tu jadi RM80 sahaja. Duit gua hanya cukup untuk 3 tiket. Walaupun dia bersetuju pakai duit dia dulu, namun kalau tetiba esok dia tuntut balik tak ke merapu aku gagau duit? 3 tiket berjaya diangkat dengan jayanya sekaligus menjamin kehadiran gua kat konset itu esok. 2 minggu kemudian, Awan datang ke premis aku untuk menyerahkan tiket.

Dengan tiket di tangan, kini takde lagi halangan untuk gua ke konsert Muse, selain dari tetiba highway KL-Karak tu tetiba putus. (gua akan sewa helikopter). Itinerary lawatan ke Kuala Lumpur sudah mula dirangka. Walaupun ada sebulan lebih lagi untuk konsert. Semua aspek diambil kira. Kalau pegi bandel, kami lebih cenderung cari pakaian yang nak dipakai ke konsert tersebut. Diet seharian tetiba menjadi penting untuk memastikan 'regular bowel movement' yang mungkin bisa mengganggu pengalaman masa konsert tersebut. Gua juga mula melakukan senaman berat yang lebih berat dari biasa untuk memastikan kekuatan otot dan stamina yang jitu. Kelajuan gua atas motor menurun sebab takut eksiden nanti tak boleh pegi konsert.

Itu jam gua cek kat website Galaxy tu lagi dia cakap tiket dah hampir habih. Lantas gua terus membanci semua kutu-kutu, member-member dan rakan taulan bertanyakan adakah mereka sudah membeli tiket sebab gua ada strong feeling tiket tu akan sold-out. Ini konsert Muse, bukan Kumpulan Screen.

Akhirnya tiket sudah habih dijual. Keyakinan kendiri positif gua semakin menebal sebab tiket dah tersimpan rapi, dikelilingi racun tikus (takut tikus gigit) dan dijaga oleh makhluk halus (takut orang curi) kat dalam bilik gua. Hari konsert semakin hampir. Setiap kali gua nampak kat TV iklan konsert tersebut, gua akan tersenyum sinis. Bila gua dengar lagu Muse kat radio, gua bisa tergelak kecil dalam hati. Teringat tentang tiket tersebut, mata gua berair dengan anticipation dan debaran yang jitu.

Fakta Menarik : Ingatan gua terhadap konsert ni pernah terbawak-bawak ke dalam mimpi - 3 kes pernah direkodkan.

Itu jam jugak gua berasa simpati dengan kutu-kutu lain yang nak pegi tapi takde tiket. Tunggang terbalik jugak gua cari tiket untuk diaorang, namun usaha tersebut menemui kegagalan. Kalau adapun harganya berlipat kali ganda. Manalah gua ada duit. Sorry guys.


Bab 3 : Kredibiliti

Sekitar tahun 2001 (time abih sekolah), gua selalu lepak dengan Sarip. Itu jam Sarip adalah gateway gua kepada muzik. Sarip banyak rekemen gua musik-musik yang berkualiti. Salah satunya adalah kaset kaler oren dengan gambar tiang-tiang apakejaddah. "Band dari UK", kata Sarip. Dalam kepala otak gua ni mesti klon-klon Blur dan rakan-rakan. Gua dengar sekali je pastu gua pulang balik. "Sound ok tapi apa jaddah nyanyi macam orang pompuan (falsetto)", ujar gua. Reason yang sama Origin Of Symmetry gagal di US.

Sehinggalah dalam tahun yang sama gua start jamming. Dalam ketandusan lagu yang baik untuk dimainkan, sekali lagi kaset Origin of Symmetry berjaya sampai ke tangan gua. Lagu Plug In Baby tetiba masuk senarai setlist jamming kitaorang. Kali ni aku pasang kaset tu dengan radio yang lebih high-end dan sound yang lebih baik untuk mendalami permainan instrument. Dan apabila lagu tersebut dimainkan dalam jamming, it was electric! Baru gua sedar, band Muse ni, time live baru jadi. Kali pertama gua dengar hanya untuk hiburan, kali kedua gua dengar untuk kaji aspek teknikal lagu tersebut (untuk jamming) dan gua terus tersangkut itu jam jugak. Gua terpesona dengan inovasi permainan gitar Matthew Bellamy dan penyampaian feel lagu yang sangat-sangat kreatif.

The rest is history.

Beberapa lagi lagu album tersebut dibawak masuk ke setlist band kitaorang (Fury di zaman awal penubuhannya). Bliss, New Born, Hyper Music, Plug In Baby, Citizen Erased dan Dark Shines, basically semua lagu yang boleh bawak dengan instrument basic dan vokal yang dalam jangkauan. Otomatik lagu album Showbiz jugak masuk setlist. Zaman Hullabaloo Soundtrack gua start download bootleg persembahan live diaorang. Setiap gaya dan skill diaorang dikaji dan di-implementasi dalam permainan kitaorang. Paling gua ingat sekali persembahan Muse kat Montreux Jazz Festival. Time lagu Bliss ada banyak belon-belon raksasa bertebangan. Dalam atmosfera 'chaotic' dengan lagu yang intense, belon-belon tersebut meletup dan berterbangan cebis-cebis kertas di udara (confetti). Suasananya sungguh menarik. I want to be there someday. I got to see this band, live. Dalam diam gua memasang niat untuk travel ke tempat diaorang dan nengok sendiri Muse secara live.


Time Absolution keluar kami terus senaraikan lagu yang nak dibawa jamming. Serta merta album tersebut diletakkan di bawak mikroskop, dan setiap aspek permainan dan teknikal dikaji dengan seluruhnya. Waktu kemuncak kegilaan Muse dalam kepala kitaorang di mana sejam jamming takde main lagu lain dah. Asik Muse muse muse. Album Absolution dihasilkan oleh Muse dengan mengambilkira permainan live. Sebab tulah memang seronok kalau di bawa jamming. Gua berani cakap, album Absolution ni gua khatam inside out. Gua boleh main hampir semua instrument untuk semua lagu dalam album ni. I dont just listen to the song, i know it by heart. Termasuk improvisation yang diaorang buat masa main live.

Memang tunggang-terbalik dunia kalau aku tak pegi nengok konset ni!

Bab 4 : Aku Datang!!

Seminggu sebelum konsert. Motor gua semakin slow. Baju-baju yang gua nak pakai masa konsert nanti gua dah basuh, gosok (gosok beb..) dan simpan baik-baik tak pakai dah. Takut nanti ianya terbasuh masa nak pegi. Kasut gua yang setahun tak pernah basuh tu pun tetiba gua basuh. Gua semakin teruja. Hari terakhir sebelum konsert gua stop layan lagu Muse. Untuk kasi tarik sangap dan bagi tunggak sikit.

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan selama hampir 5 tahun tiba. Gua terpacul kat stesen bas tunggu Mael. (every great journey begins with a bus ride) Gua cuba berlagak tenang dalam bas padahal dalam hati bergelora. Dalam pada itu gua cuba tido untuk mengumpul energy yang secukupnya. Kat Raub kami bertemu dengan Pedal. Dan kini rombongan telah cukup, dan kami memulakan perjalanan bersejarah menuju Konsert Muse yang tersangat-sangat dinantikan itu. Hati aku menjerit histeris "MUSE, AAAKU DATANG!!!!"

Sampai KL tak sah kalau tak jenjalan. Sial je.. buat letih badan aku. Namun kami ada beberapa jam untuk di-spend takkan nak melangut je kat depan stadium tu. Gua sempat angkat sekeping DVD dan sekotak rokok. Dan makan nasik. Dan minum air Coke. Dengan harapan agar kandungan gula dalam Coke tu akan sempat convert jadi energy on-time masa konsert nanti.

Bab 5 : Rock Time!

Berdiri depan pintu masuk tu hatiku (bukan pualam) berbisik, "Thank God i've finally made it". Gua lega kerana takde apa-apa aral melintang sepanjang perjalanan. That very moment, sinilah tempat yang aku paling nak berada. Muse Concert, World Tour, Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Fuh..


Sampai kat dalam orang semua tengah duduk. Gua nampak area The Pitt hanya ditandakan pakai tali sahaja! Itu tali plastik! Gua tersenyum penuh makna kepada Mael. Itu jam gua tenang berdiri dalam crowd yang dah tak sabar-sabar lagi menunggu Muse keluar. Brader mat saleh yang test gitar tu entah berapa kali kena sorak ngan crowd. Abang Matt tak keluar-keluar lagi. Gua berbisik kepada Mael "Kasi all out hari ni.."

Posisi gua hanya kurang 10meter dari stage. Gua ingat jauh sangat jadinya. Setelah melompat tali The Pitt tu dekat betul gua ngan stage. Tak sangka langsung. Berbekalkan air mineral sebotol dalam poket, gua menanti penuh sabar.


Sekonyong-konyong gua nampak satu lembaga serba merah muncul di atas stage. Tetiba semua yang ada dalam pitt tu hilang kewarasannya. Orang semua naik syeh. Muse takde nak buang masa terus main lagu Knight Of Cydonia. Takde opening act. Itu jam memang gila, korang semua dah gila! Tolak-menolak yang serius, ada yang tumbang tak kurang jugak ada yang kena stampede. Pedal entah hilang ke mana. Sambil layan lagu dan sing-along, gua dan Mael sibuk memperkukuhkan kuda-kuda menahan arus manusia yang semakin havoc. Gua paling berang air mineral gua hilang entah ke mana. Lagu ni penting sebab kitaorang tengah sibuk main lagu ni. Tekak gua masih ok masa jerit "No one's gonna take ma aliveeee.." Part singalong wajib untuk lagu ni.

Lagu kedua Hysteria. Maka semua orang jadi histeria. Keadaan yang gua dah agak untuk konsert ni. Christ punya bassline camharem punya bunyi. Sebijik macam kaset. Teringat zaman tunggang terbalik cari bassline lagu ni. Kini gua dapat nengok live. Sebetul-betulnya sebagaimana ia dimainkan. Part solo semua orang dibuai dengan melodi berhantu multi-layered picking sound delay siht. Lagu ni catchy, semua orang singalong. Paling syok Mathew Bellamy punya "Feeling my faith erode.. wow.. wow.. warrgghh!!.." masa finishing lagu.

Masuk je lagu Supermassive Black Hole sekali lagi orang semua histeria. Lagu ni boleh dikatakan current hit kat sini. Semua sekali dalam the pit tu berdansa sama. Gua hanya singalong part Christ.. "Glasiers melting in the dead of night.." sebab telinga gua naik pekak dengar budak sebelah gua jerit "Supermassive black hole!!". Itu jam gua boleh nengok aksi-aksi improvisation Matthew Bellamy yang walaupun bunyi macam mengarut tapi sungguh solid, menggunakan Kaoss Pad kat gitar dia. Bunyi macam DJ!

Keadaan kembali tenang dan Abang Matt tukar gitar sekali lagi untuk lagu seterusnya, Butterflies and Hurricane. Starting dengan tapping bass yang sampai skang gua buat tak berapa nak jadi. Bassist dia buat rilek je. Macam bunyi synthetiser. Korang ingat tak lagu ni? Aku pakai untuk trailer kmx|nine satu ketika dulu. Banyak signifikan lagu ni kepada jiwa aku. Bakar semangat semua yang hadir. Itu jam gua dah seperti hari esok tiada lagi. Sekilas gua terpandang setup stage diaorang ni sama macam dalam video lagu Butterflies And Hurricane ni. "Besttt.. you got to be the bestt..." gua tak peduli kalau pitching gua lari ke laut ke, ke jamban ke. Janji layan.

Aku lupa dah nak nengok berapa kali Mathhew ni tukar gitar. Macam semua lagu je dia tukar. Lagu seterusnya Assassin paling gua ingat sebab main riff dia laju dan kepala gua banging sama laju ngan lagu tu. Gua memang naik syeh. Nengok Dom (drummer) attack lagu ni. Dalam kaset dengar macam ada twin-pedal. Tapi live takde pun twin-pedal kelihatan. Dan masih bunyi sebijik macam kaset. Gua yakin tangan dia mendapat bantuan makhluk halus. Gua dah try attack tu, tapi tak berapa jadi. Tak cukup ligat rasanya. "Loose control.. increase in pace.." Gua tak hengat dah berapa banyak dah poor souls yang gua terpijak kaki, terlempang, terkarate kepala, dan terpercik peluh. Maaf.

Kali ni Matthew tukar gitar lagi. Dari kejauhan ada kejanggalan pada headstock gitarnya tu. Gua choba mengingat. Gitar.. tujuh tali.. "Citizen Erased!!" jerit Mael kat sebelah gua. Darah habis semua naik kepala. Gua dah lama tak dengar lagu ni! Sejak album baru ni diaorang jarang petik lagu ni main live. Fuh! Gua sangat hepi. Lagu ni memperkenalkan kitaorang kepada artificial harmonic . Dia punya interlude melodi berhantu sangkut dalam kepala sejak bertahun-tahun lamanya. Gua paling into part plucking clean dia. Aku boleh nampak bayang-bayang hantu kat sebelah dia time tu. Sial je.. Maunya tak berair mata aku mendengarnya? Live tu beb! Live!

Kemudian Abang Matt bukak jaket merah dia. Ha! Tau panas?! Aku yang kat bawah ni sebenarnya sama panas cuma tak sedar dalam lautan ephoria (apa jaddah ni). Cuma sekali sekala ekon tu merembeskan angin sejuk (yang tak berapa sejuk sangat) dan memberi keselesaan seketika. Kali ni aband Matt mengambik posisi di piano. "Lagu slow ni.." getus hatiku.

Lagu seterusnya agak penting kepada karier snooker aku yang baru-baru ini cuba membuat comeback. Pabila markah aku semakin tinggi, pedal sering menyanyikan lagu ni part "Why...? Whyyy...?" (Lebih intense masa bola putih 'minum')Lagu Hoodoo ni slow. Memberi peluang gua berehat dari terkinja-kinja sambil mengelap keringat di dahi. Kemudia baru gua sedar bahawa baju gua dah habih basah (dengan peluh sendiri dan 10% peluh orang lain). Malah seluar gua sekali pun dah basah (peluh bukan urine). Itu jam gua dah agak letih. Siang tadi jalan-jalan kuat sangat. Kaki dah sakit. Concert is half way. Gua harus mencari energy tambahan. Bila gua seluk poket kanan gua, gua jadi naik angin "Mana pegi air mineral aku tadi?!!" Baru aku teringat, dah hilang masa stampede tadi. Sial je. Nasib baik aku nampak Mail punya ada lagi tersisip rapi kat poket seluar dia.

Hanya membasahkan tekak je tak cukup untuk replenish energy. Namun lagu seterusnya memberikan rembesan endorfin dan gua kembali bertenaga. Seterusnya lagu Apocalypse Please. Gua kembali naik syeh sebab gua paling into finishing lagu ni. Gua dengar cerita Matthew Bellamy banyak habiskan masa untuk tulis lagu ni. Dia berjaya hasilkan formula permainan piano yang berbunyi heavy (bantuan bass). Dan sound bass dia rasa macam nak terkeluar isi perut aku. Gua 'menyingalong' (sing-a-long) lagu ni part finishing sambil mengangkat kedua-dua belah tangan di udara, menyerap semua sight and sounds and the electricity that is Muse. Gua sungguh gembira. Tarak hengat punya gembira.


Dari awal lagi gua tau (handheld) megaphone kat atas piano tu takkan dia letak saje-saje je kat situ. Ini mesti 'Feeling Good' ni. Nina Simone pun tak bawak lagu ni se-power Muse waima dialah yang tulis dan Muse pun bawak cover je lagu ni. Posisi kitaorang betul-betul depan Matthew Belammy. Jadi kami sangat-sangat beruntung sebab piano dia pun kat area situ. Jarang pulak dia berlari ke sebelah sana. Time dia guna menatang megaphone tu, gimik wajib untuk lagu ni ialah kertas-kertas yang berterbangan di udara. Sebijik macam dalam bootleg yang aku biasa nengok. Tak lari punya. Apa yang berlaku kat Uk, kat Sweden, Reading Festival semua tu, skang ni berlaku kat Malaysia, depan mata aku, Live. Sama. Sebijik.

Matthew Bellamy masih maintain kat piano putih dia tu dan kini mendendangkan lagu Sunburn. Teringat balik zaman muda-muda dulu. Mail pernah main lagu ni pakai kibod cabuk Pedal yang tak berapa nak cukup 'key' dia. Antara lagu-lagu terawal Muse yang kitaorang layan. Sebelum starting lagu ni ada sedikit interlude, itu jam gua naik saspen lagu apa dia nak main ni. Masuk je intro gua dan Mail sekali lagi naik syeh. Belum masuk time solo lagi.

Lagu seterusnya ni yang paling chaos sekali. Start je Abang Matt "Err.. this song is called Starlight.." keadaan kembali chaotic. Semua orang tepuk tangan ikut beat drum dia. Itu jam gua ingat 100% yang hadir semua singalong. Vibe lagu ni sangat positif dan menenangkan. Dan semua orang sibuk merakam lagu ni. Pedal juga ada merekodkan sorang kutu nak rekod lagu ni pakai tipon touchscreen dia terkial-kial nak delete fail sebab 'memori full'. Hape la.. Sekali sekala gua mengerling ke arah tv beso kat tepi stage tu. Kat Matthew Bellamy punya mic-stand ada satu kamera kecik. Dan dari kamera kecik ni kita boleh nengok ekpresi muka Matt time dia tarik. Fuh! Power!

Pada peringkat ni baru gua sedar gua dah letih sangat. Sejak starting tadi gua all-out tanpa henti terkinja-kinja- like there's no tommorow. Memang. Lepas esok i have nothing to look forward to. Jadi gua nekad untuk go crazeh sampai habih. Time ni Muse dah masuk sessi 'letup' diaorang start dari Starlight tadi diaorang akan main lagu-lagu hit diaorang berturut-turut. Stok lagu yang 'Muse n00bs' pun bisa layan. Inilah antara moment yang paling havoc dan paling bising sekali dalam konset ni.

Abih Starlight Matt main pulas-pulas Fuzz kat gitar dia. Ini macam starting..Plug In Baby!! Kena riff first dia terus havoc. Fcuking orgasmic crowd, it's a 'Muse Orgy'! Time ni mana-mana yang maintain berdiri je dari tadi start tak tahan. Semua sekali (semua sekali) manusia kat situ terkinja-kinja melompat ke sana sini, tangan atas udara, menjerit kata-kata lucah, singalong tune/pitching lari, banging. Dalam chaos tu gua memaut bahu Mail (konon tak nak bagi terpisah ngan dia, padahal gua dah nak tumbang). Paling horror, Mail kat sebelah gua dah bertukar menjadi awek. Menyirap darah aku. Aku ingat Mael dah terlalu seronok nengok konsert sampai dia bertukar menjadi pontianak. Rupanya dalam kekalutan tu aku tersauk orang lain, dan bukannya Mael.

Masa mula-mula dapat album Blackhole And Revelations ari tu gua dan mail notice lagu ni sebagai lagu yang sound dia kami rasa futuristik, sound yang moden dan rasa macam angkasa lepas. Masa muda-muda dulu kami ingat lagu ni 100% overdub, rupanya memang dia ada pakai effek kat gitar. Entah step ke delay. Sebab kantoi sebelum dia start lagu Map Of Problematique, kami dengar gitar dia hum step yang sama main-riff lagu ni. Kompom. Kalau jamming lagu ni, gua main drum. Jadi di samping masih lagi terkinja-kinja sekali-sekala gua mengerling ke arah drum untuk nengok skill dia. Lagu ni di-finishing dengan satu interlude (dalam bootleg biasa nengok).

Lagu Plug In Baby tak cukup chaos lagi. Lagu seterusnya ni adalah yang paling chaos sekali..

Stadium negara tu bergegar dan ibarat nak runtuh tatkala Muse start bawak lagu Time Is Running Out. A big hit kat Malaysia ni. Sumpah! Aku rasa stadium tu bergegar. Macam nak roboh. Baik yang duduk kat kerusi kat atas sana semua aku nampak berdiri. Konon-konon masa intro tu dia buat ala-ala surf-slow-semacam. Memang tak expect nak masuk lagu ni. Everybody in the pitt was jumping up and down. Satu badan aku dah basah kena peluh sendiri. Tengkuk, perut, kaki semua dah naik sakit. Namun rembesan endorfin memberikan gua tenaga tambahan untuk layan dengan lebih jitu lagi. Itu jam gua tak kisah dah bahu sapa tangan gua pegi, pipi sapa gua terlempang, terbody contact sapa sampai jatuh. Semua tu takde. Yang ada hanya gua dan Muse, dan speaker saiz raksasa tu, lampu-lampu sorot bergantungan. Matthew Bellamy bagi peluang kat kitaorang nyanyi pre-chorus lagu ni sebelum pit bertukat menjadi entah hape jaddah. Terlalu banyak energy time lagu ni. Tetiba je gua rasa kaki gua tak boleh gerak. Cramped. Sial je. Sepantas kilat gua mengkarate betis gua 2 kali, dan menikam tujuh mata urat utama betis tu untuk mengembalikan perjalanan darah. Pastu dia boleh gerak balik, tapi barely. Kaki tu dah guna habis, dia give-up.

Lampu terpadam. Mathhew Bellamy menuju ke arah piano. Tetiba intro New Born kedengaran. Setelah di-cue oleh Dominic Howard, kami semua bertepuk tangan. Lagu ni pasal fikiran sedar yang menerawang keluar dari tubuh badan dan berniat untuk sesuatu yang fizikal. Lagu yang paling fit untuk mosh. Tapi gua ingat tu hanya akan mengundang kecelakaan. Riff lagu ni memang 'lazat'. Dan dia punya solo ada improvisation dia buat. But it sounded good anyhow.

Habis New Born Muse masuk dalam. Gua yakin show tak habis lagi. Mana boleh habih, Stockholm Syndrome tak habih lagi. Gua mengambik kesempatan untuk mengesat keringat di muka dan gagal sebab baju gua dah basah seluruhnya termasuk seluar sekali. Lenjun. Tu semua peluh. Peluh gua dan sedikit peluh orang lain. Masa ni memberi peluang gua untuk cek kot-kot ada body part gua yang dah tertanggal ke, kasut ada lagi, baju tak koyak lagi, telinga tak pekak lagi. Dan gua masuk mode stenbai untuk encore dari Muse.


Kali ni Matthew Bellamy keluar dengan gitar kapok (akustik). Gua mati-mati ingat dia nak main lagu City Of Delusion. Rupanya dia main lagi Soldier's Poem. 2-3 hari sebelum concert ni gua selalu layan lagu malam-malam untuk tarik feel. Ada sekali tu gua pasang earphone, dan lagu ni terpasang, dan gua tertido. Sepanjang malam gua dengar lagu ni back-to-back sampai pagi. Dan lagu ni lah yang paling lekat sekali dalam kepala hotak gua sampai hari ni. It's a great atmosphere bila semua orang keluar lighter dan telefon bimbit masing-masing.

Invincible memang lagu yang seronok. Seronok dengar dan seronok dimainkan. Masa intro aku dengar Matthew main serabai je. Kantoi agaknya. Namun dia tetap excellence time solo. Solo tu aku main naik cramped jari, dia main siap boleh menari-nari lagi. Sial je handal gile kutu ni main gitar.

Dan tibalah masanya untuk lagu Muse yang paling chaotic sekali. Stockholm Syndrome. Time ni lah telinga aku naik pekak dengar "I wish i could!!" dari semua yang ada kat pit tu. Sial je seronok. Time ni lah keluar belon-belon raksasa warna putih tu. Bila dia lalu je atas kitaorang aku nengok gua terus tarik belon tu dengan berniat untuk memecahkannya. Tapi pepalih liat. Histeria aku picit belon tu. Akhirnya dia pecah dan keluar kertas-kertas berterbangan. Orang lain semua nengok dan dari pandangan mata diaorang "Sakit budak ni.. dah gila..". Namun itulah definitive moment untuk experience aku sepanjang concert Muse kat Kuala Lumpur ni. Korang ingat berapa tahun aku nengok belon tu dalam tv je? Outro lagu ni Mathhew Bellamy sampai terbaring ngan gitar dia. A true classic.

Lagu last sekali adalah Take A Bow. Lagu ni ada 3 bahagian. Dia starting dengan part klasikal yang slow pastu masuk part techno, last sekali dia masuk part rock sebelum letup ke finishing. Dengan bantuan pencahayaan yang solid, lagu ni berjaya disampaikan dengan sempurna. Dan ending yang sangat baik untuk concert ni. Lalu dengan Dominic Howard entah apa merepek kat mic tu, tamatlah concert Muse kat Stadium Negara Kuala Lumpur yang sangat dinanti-nantikan ini.


Orang ramai beransur keluar. Dan ada lagi yang masih terhiling-hiling kat pit tu entah tunggu apa. Amik gambar semua. Bila semua cahaya dan bunyi tu tamat, gua terkedu. Event yang gua tunggu selama bertahun-tahun lamanya ni kini dah tamat. Baju dan seluar gua semuanya basah. I'm severely dehydrated, lemah tak bermaya dan barulah terasa sakit-sakit kat tengkuk, perut, kepala dan kaki. Nak berjalan pun tak blah. Sempat jugak jumpa Awan, kutu yang bertanggungjawap belikan tiket untuk kitaorang. Dia macam ada bawak SLR je. Mesti banyak gambar best.

Gua dan Mael sempat ambik gambar sekeping dua buat kenang-kenangan. Masa show tadi aku haram tak ambik gambar, cuma sekeping dua je. Mungkin sebab gua terlalu fokus untuk menghayati pengalaman sekali semumur hidup ni. Tak payah gambar. Otak aku ni tak nyanyuk lagi untuk ingat semua yang berlaku. Kami menuju ke 'safe-point' untuk bertemu dengan Pedal. Setelah berehat lebih kurang barulah kami slow-slow terjengket-jengket menuju ke luar, itupun sebab gua dah dahaga tak ingat punya (air mineral dah hilang masa stampede).


Sampai hari ni tengkuk gua masih sakit dek kerana headbanging yang keterlaluan. Suara Mathhew Bellamy masih lagi terngiang-ngiang kat telinga gua. Aku ingat 10,000 populasi Kuala Lipis ni ada 8 orang je yang turun nengok Concert Muse Kuala Lumpur ni. Gua, Mael, Pedal, Awan, Atta dan Sapik Gemuk dan Amar.

Ramai yang mengeluh, kat Pitt tu orang semua bersikap macam cilakak. Namun bagi gua itu semua normal. Kalau nak nengok dengan aman dan tenteram jangan beli tiket pit, beli numbered seat. Crowd yang chaotic adalah sebahagian dari keseluruhan experience menengok concert live. Nak lagi tenang, nengok la concert Rohana Jalil.

Pengalaman menengok konsert Muse kat Stadium Merdeka ni takkan aku lupakan seumur hidup aku. Satu ketika gua dibuai dengan alunan merdu 'jazzy' diselang seli dengan suara falsetto, satu ketika pulak gua rockin' dengan irama rock heavy dengan bass yang 'phat' tak hengat. Konsert Muse membuktikan satu perkara iaitu diaorang ni adalah live act yang terpaling power kat dunia ni (sekarang). Walaupun diaorang keluar pentas, main 19 lagu, pastu blah like it's all in a days work dengan interaksi penonton yang sangat minima, namun their performance tak perlu mende-mende ni semua. Energy yang kelihatannya tak kehabisan, skill gitar yang melampau dengan equipment berteknologi tinggi, vibe dan mood yang 'tepat ke sasaran', vocal range yang paling dynamic pernah aku dengar (live), pencahayaan yang sangat (sangat) berkesan dan paling penting, crowd yang sama-sama rockin' like crazy kat pit tu.


Selama-lama ini kewujudan Muse, baru sekarang diaorang turun Malaysia ni. I got a strong feeling bahawa inilah last diaorang turun. Melainkan kalau ada album baru di masa-masa akan datang, mungkin ada sedikit kemungkinan kita semua akan rockin' like hell sekali lagi.

Selepas blah dari Stadium negara tu, Muse pergi memenuhi tour dates diaorang yang nampaknya full sampai Jun tahun ni. Mungkin sebab muzik diaorang ni is meant to be experienced live. Setakat dengar kaset je apa barang brader?

Jadi sekianlah laporan lengkap konsert Muse di Kuala Lumpur. Band rock dari UK yang gua paling into dan satu ketika dulu gua pernah menyampah.

Setlist:
Knights of Cydonia
Hysteria
Supermassive Black Hole
Butterflies & Hurricanes
Assassin (extended)
Citizen Erased
Hoodoo
Piano interlude + Apocalypse Please (short)
Feeling Good
Piano interlude + Sunburn (piano)
Starlight
Plug In Baby
Map of the Problematique + Maggie's Farm outro
Time Is Running Out
New Born + Ashamed outro
Encore:
Soldier's Poem (guitar)
Invincible
Stockholm Syndrome + riffs
Take a Bow

Comments

Jim said…
Hi tthanks for sharing this

Popular Posts