Posts

Showing posts from 2006

Seleksi Pengalaman Ngeri

Akhir-akhir ni banyak pengalaman ngeri yang aku lalui. Ada sesetengah kes dilaporkan kat sini, namun ada jugak kes yang belum direkodkan. Senang cerita ini adalah compilation pengalaman ngeri aku untuk tatapan korang semua. Kes 1 Pengalaman Ngeri Saya Nyaris Putus Dua Itu jam aku tengah menapak kat Medan Stesen sana. Pastu ada member aku panggil dari dalam kereta. Aku pun pegi la bertebeng kat pintu keta dia. Sembang-sembang lebih kurang. Tetiba member aku cakap "Eh amin ada keta nak reverse tu. Jap aku alih jap." Itu jam aku pandang belakang tengok ada keta Wira ni gostan laju gile menuju ke arah aku. Radio dalam keta lagu Katak menyanyi pasang sekuat hati. Aku sempat dive ke tepi sebelum buntut keta tu hantam sama kereta member aku ni. Kalau aku tak dive ari tu, sudah tentu aku akan terputus dua. Kes 2 Pengalaman Ngeri Saya Kena Gigit Pacat Pacat adalah haiwan keji yang suka menghirup darah manusia. Aku pantang betul ngan pacat ni. Biarlah zirafah ke, beruang panda ke, ikan...

Kumprinx Visits The Newly Opened Mini Zoo

Pada hari sabtu yang boring semalam, aku dan Mael berhajat untuk melawat Mini Zoo Kuala Lipis yang baru dibuka minggu lepas. Minggu lepas aku terlepas majlis perasmian zoo ni sebeb.. err.. bangun lewat. Namun demikian aku tak ralat sangat sebab rasanya takde acara makan-makan free. Mini Zoo ni dibina di tengah-tengah hutan terletak di Bukit Bius. Beberapa tahun nan lalu zoo ni ditutup sebabnya aku tak tau mengapa. Mungkin bajet nasik goreng ayam untuk bagi makan beruang tu terpaksa dipotong. Zaman dulu jugak Mini Zoo Kuala Lipis ni menjadi port lepak yang paling best sekali sebab: -Kanopi rimba memberikan udara yang nyaman dan sejuk bila time panas. -Banyak haiwan eksotik -Yuran masuk murah -Ada kedai jual Super Ring, Chicken Ring dan Tam-Tam. -Kalau korang beruntung hari tu, lawatan korang akan clash dengan rombongan Persatuan Ratu Cantik Kechau Tui. Penutupan Mini Zoo ari tu adalah sesuatu yang sangat mengecewakan sebab zoo ni berpotensi besar sebagai satu tarikan pelancongan. Jester...

Kumprinx Home Remedies Part.1

AMARAN!: AKU BUKAN DOKTOR! Ni nak cerita pagi semalam aku bangun dari tido, sakit perut tahap dewa punya. Memulas-mulas. Sakit sangat rasa macam nak mati. Gileb*bi punya. Masuk bilik air pun takde maknanya. Sepanjang hari sakit perut. Pegi hospital? Oh.. jauh sekali.. FYI aku dah genap setahun tak pegi hospital ataupun klinik. Last aku pegi hospital tahun lepas. Itupun sebab sakit kepala je. Sepanjang tahun ni aku tak pernah dapat rawatan ke hospital. Kiranya aku langsung tak menjejakkan kaki ke hospital melainkan hantar mak aku ke hospital, nengok member eksiden ngan usyar nurse (misi) yang cun-cun. [Redacted 27.07.2025] 4 jam menunggu giliran jumpa doktor tu macam-macam mende aku boleh buat. Dah la orang ramai, ngan bebudak muntah atas lantai lagi. Hish.. Jadi aku kalau sakit aku buat apa? Untuk sakit-sakit biasa tu aku ada home remedy aku sendiri. Memula korang kena paham betul-betul macamana sistem badan korang berfungsi dan signifikannya kepada aktiviti dan pemakanan seharian. A...

Kumprinx Home Remedies Part 2

Setahun tak pernah pegi hospital tak bermakna aku tak jatuh sakit sekali sekala dalam hidup aku. Namun demikian aku sering meng-apply trick rawatan buatan sendiri aku yang murah dan berkesan. Sekali lagi aku ingin nyatakan di sini bahawa, AKU BUKAN DOKTOR! Sakit Otak Sakit otak jenis ni berpunca daripada makan ABC ataupun aiskrim bertubi-tubi. Zaman dulu bebudak kampung datang Kuala Lipis nengok wayang. Sebelum nengok wayang mereka akan pekena ABC ngan Mee kari dulu kat satu mapley kat atas bukit sana. Bila wayang dah start ada sesetengah kes yang pecut terus lari, tinggal je mee kari tak habis. Dan ada jugak yang sokiu makan ABC tu laju-laju. Inilah yang menyebabkan sakit otak. Bila sakit otak macam ni berlaku, tekan lidah korang ke langit-langit mulut korang. Biar tutup semua permukaan. Dengan ini korang akan transfer haba dari lidah tu ke langit-langit. Bila makan ABC laju-laju, saraf kat lelangit tu akan menjadi terlalu sejuk, otak korang ingat dia pun sejuk sekali. Takut menjadi b...

Blues Kawasaki Turbo

Malam semalam sekonyong-konyong aku menolak Kawasaki Turbo yang telah lama berada di Tempat Parking Rahsia (TPR) sebab dah pancit. Tayar depan dia pancit sejak sebelum cuti CNY lagi. Hari jumaat dan sabtu nan lalu kedai En. Bulu Hidung dah bukak tapi banyak sangat keta yang rosak dan hantar kat sana jadi saya kira dia takde masa nak tukar tiub motor aku tu. Encik Bulu Hidung ni namanya sebegini huduh sebab ukuran bulu hidung dia mengatasi misai. Namun sejak akhir-akhir ni dia kelihatan semakin mengambil berat sahsiah diri dia dengan bercukur dan memotong bulu hidung mungkin sebab dia sulah tangkap syok sama itu amoi. Aku meredah malam pekat menolak Kawasaki Turbo ke kedai En. Bulu Hidung. Signifikannya adalah mengelak cuaca panas dan jugak waktu malam keta tak banyak. Walhal dari TPR untuk sampai ke kedai En. Bulu Hidung tu hanyalah 200 meter sahaja. Hari ini pabila aku bangkit dari tidur (1.30pm) lantas aku terus menuju ke kedai Encik Bulu Hidung. Nampak gayanya Encik Bulu Hidung tu d...

Nyaris Eksiden Dan Meninggal Dunia

Tengahari semalam aku berkunjung ke rumah member aku untuk beberapa urusan. Umah dia ni taman perumahan kat atas bukit. Dalam perjalanan pulang aku seperti biasa bergerak dengan kelajuan tinggi. Sebelum keluar simpang taman perumahan member aku ni, kena turun satu bukit yang agak curam. Memula macam biasa aku speed je turun bukit tu. Dah last-last minit kang baru la brek. Sebab kalau bawak slow nanti overtorque berlaku kat dalam enjin menyebabkan letupan turbo. Ada masa-masa aku hangin jugak kalau main letup-letup ni. Sebab tu la aku cuba elakkan walaupun letupan tu bunyinya sungguh cool. Berbalik kepada situasi aku turun bukit tadi, ketika tu aku tak pikir apa-apa. Cuma melayan deruan angin kat muka sambil dalam kepala otak menyanyi riang lagu terkini Dewa19 "bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..". [Redacted 27.07.2025] Seperti yang telah dirancang, last minit dah nak sampai kat simpang tu baru la aku brek. Aku biasa menggunakan skill brek depan dan belakang s...