Posts

Showing posts from February, 2006

Kumprinx Home Remedies Part.1

AMARAN!: AKU BUKAN DOKTOR! Ni nak cerita pagi semalam aku bangun dari tido, sakit perut tahap dewa punya. Memulas-mulas. Sakit sangat rasa macam nak mati. Gileb*bi punya. Masuk bilik air pun takde maknanya. Sepanjang hari sakit perut. Pegi hospital? Oh.. jauh sekali.. FYI aku dah genap setahun tak pegi hospital ataupun klinik. Last aku pegi hospital tahun lepas. Itupun sebab sakit kepala je. Sepanjang tahun ni aku tak pernah dapat rawatan ke hospital. Kiranya aku langsung tak menjejakkan kaki ke hospital melainkan hantar mak aku ke hospital, nengok member eksiden ngan usyar nurse (misi) yang cun-cun. [Redacted 27.07.2025] 4 jam menunggu giliran jumpa doktor tu macam-macam mende aku boleh buat. Dah la orang ramai, ngan bebudak muntah atas lantai lagi. Hish.. Jadi aku kalau sakit aku buat apa? Untuk sakit-sakit biasa tu aku ada home remedy aku sendiri. Memula korang kena paham betul-betul macamana sistem badan korang berfungsi dan signifikannya kepada aktiviti dan pemakanan seharian. A...

Kumprinx Home Remedies Part 2

Setahun tak pernah pegi hospital tak bermakna aku tak jatuh sakit sekali sekala dalam hidup aku. Namun demikian aku sering meng-apply trick rawatan buatan sendiri aku yang murah dan berkesan. Sekali lagi aku ingin nyatakan di sini bahawa, AKU BUKAN DOKTOR! Sakit Otak Sakit otak jenis ni berpunca daripada makan ABC ataupun aiskrim bertubi-tubi. Zaman dulu bebudak kampung datang Kuala Lipis nengok wayang. Sebelum nengok wayang mereka akan pekena ABC ngan Mee kari dulu kat satu mapley kat atas bukit sana. Bila wayang dah start ada sesetengah kes yang pecut terus lari, tinggal je mee kari tak habis. Dan ada jugak yang sokiu makan ABC tu laju-laju. Inilah yang menyebabkan sakit otak. Bila sakit otak macam ni berlaku, tekan lidah korang ke langit-langit mulut korang. Biar tutup semua permukaan. Dengan ini korang akan transfer haba dari lidah tu ke langit-langit. Bila makan ABC laju-laju, saraf kat lelangit tu akan menjadi terlalu sejuk, otak korang ingat dia pun sejuk sekali. Takut menjadi b...

Blues Kawasaki Turbo

Malam semalam sekonyong-konyong aku menolak Kawasaki Turbo yang telah lama berada di Tempat Parking Rahsia (TPR) sebab dah pancit. Tayar depan dia pancit sejak sebelum cuti CNY lagi. Hari jumaat dan sabtu nan lalu kedai En. Bulu Hidung dah bukak tapi banyak sangat keta yang rosak dan hantar kat sana jadi saya kira dia takde masa nak tukar tiub motor aku tu. Encik Bulu Hidung ni namanya sebegini huduh sebab ukuran bulu hidung dia mengatasi misai. Namun sejak akhir-akhir ni dia kelihatan semakin mengambil berat sahsiah diri dia dengan bercukur dan memotong bulu hidung mungkin sebab dia sulah tangkap syok sama itu amoi. Aku meredah malam pekat menolak Kawasaki Turbo ke kedai En. Bulu Hidung. Signifikannya adalah mengelak cuaca panas dan jugak waktu malam keta tak banyak. Walhal dari TPR untuk sampai ke kedai En. Bulu Hidung tu hanyalah 200 meter sahaja. Hari ini pabila aku bangkit dari tidur (1.30pm) lantas aku terus menuju ke kedai Encik Bulu Hidung. Nampak gayanya Encik Bulu Hidung tu d...