Posts

Showing posts from 2010

Sure Pekat Final : Kuala Lipis Jamming Festival 2009

Disember 2003 - Sure Pekat Pertama Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis. Gua berdiri di atas pentas. Berdebar. Gitar tersandang di bahu. Jari terpacak kat fret. Gua pandang sekeliling. Semua mata bertumpu ke arah gua. Berminggu-minggu sebelum tu gua bertungkus lumus menerangkan apa sebenarnya Sure Pekat ni kepada orang ramai. Itu jam, konsep Pay To Play (P2P) memang sangat asing, apatah lagi sebuah acara muzik yang bukan pertandingan, gua hanya nak band-band tempatan kat Kuala Lipis ni, main, dan enjoy dalam satu acara muzik yang santai dan rilek. Maka bila semuanya sudah selesai, gua harus jadi band yang pertama sekali main. Sebab tiada siapapun yang tahu apa yang akan berlaku, jadi takde sapa yang nak jadi band pertama. Gua sendiri jadi band yang pertama perform, untuk Sure Pekat yang pertama sekali diadakan. "Bismillah.." kata gua dalam hati. Grenggg!!! Bunyi gitar gua menandakan bermulanya satu legasi pengurusan acara 'indie' yang pertama seumpanya dalam sejarah Kua...

Pontianak Mengamuk Di Kampung Tempoyang

Malam tu beberapa makcik berjaga malam menyiapkan sarapan pagi untuk rombongan meminang keesokan harinya. Sedang sibuk memasak tetiba kedengaran bunyi "Ketak ketak ketak ketak..." Semua yang masih berjaga seawal 1.00 pagi tu kenal benar bunyi itu. Sekitar tahun 1998 juga kes sebegini pernah dilaporkan. Bunyinya semakin dekat. Semua yang tadinya asyik memasak tergamam dan berpandangan sesama sendiri. "Ketak ketak ketak ketak..." bunyinya semakin hampir. Pabila bunyi itu sudah terlalu dekat ia berubah tune; "Hi hi hi hi..." disusuli dengan bunyi sambaran angin yang kuat di atap zink rumah itu. Sah! Pontianak kembali di Kampung Tempoyang. Keesokkan harinya semua orang heboh menceritakan pengalaman masing-masing terdengar bunyi pontianak. Bunyinya sungguh aneh dan mengerikan sampai takde sesiapapun yang mampu mengajuk bunyi tersebut. Yang aku taip ni pun aku agak-agak je. Begitulah seperti yang diceritakan oleh makcik ni kepada aku ketika aku datang jamming pe...