Sure Pekat Final : Kuala Lipis Jamming Festival 2009
Disember 2003 - Sure Pekat Pertama Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis. Gua berdiri di atas pentas. Berdebar. Gitar tersandang di bahu. Jari terpacak kat fret. Gua pandang sekeliling. Semua mata bertumpu ke arah gua. Berminggu-minggu sebelum tu gua bertungkus lumus menerangkan apa sebenarnya Sure Pekat ni kepada orang ramai. Itu jam, konsep Pay To Play (P2P) memang sangat asing, apatah lagi sebuah acara muzik yang bukan pertandingan, gua hanya nak band-band tempatan kat Kuala Lipis ni, main, dan enjoy dalam satu acara muzik yang santai dan rilek. Maka bila semuanya sudah selesai, gua harus jadi band yang pertama sekali main. Sebab tiada siapapun yang tahu apa yang akan berlaku, jadi takde sapa yang nak jadi band pertama. Gua sendiri jadi band yang pertama perform, untuk Sure Pekat yang pertama sekali diadakan. "Bismillah.." kata gua dalam hati. Grenggg!!! Bunyi gitar gua menandakan bermulanya satu legasi pengurusan acara 'indie' yang pertama seumpanya dalam sejarah Kua...