Posts

The Grudge Of Mount Tahan

Image
Sakit tak real. Sakit hanya isyarat yang dihantar ke otak, gua menyedapkan hati. Jantung gua entah hapa cerita. Gua boleh dengar kat telinga sendiri degupan jantung yang bekerja bagai nak gila. Hari ini bukan hari yang baik. Sarapan pagi tadi di Kem Kubang gua tak berapa selera nak makan. Cokelat Sneakers pun dah tak rasa apa-apa. Pelaburan terbaik gua setakat ini adalah pengunaan sarung tangan menebas gua beli kat kedai RM2. Dapat 2 pasang. Terhuyung-hayang dalam trail bukan sedar terpegang rotan berduri. Sebelum bertolak tadi guide dah warning, jangan terpegang ular kapak. Perjalanan di bawah kanopi rimba seolah-olah tak berkesudahan. Gua tercungap-cungap cuba menstabilkan pernafasan. Akhirnya kumpulan kami tiba di di satu kawasan yang lapang. Pokok-pokok sudah ditebang memberi laluan kepada matahari. Guide meletakkan beg  dan menyuruh kami berehat. Kami telah tiba di Kem Belumut. Gua ada dengar pasal tempat ni, diaorang tebas untuk helicopter emergency evacuation kerana ada...

Graduated

Image
A photo posted by Kumprinx Amin (@kumprinx) on Mar 3, 2014 at 1:55pm PDT Dikemaskini Isnin 5 Disember 2015. Perjalanan gua dalam mendapatkan diploma ni bermula lebih sedekad yang lalu bila gua menerima keputusan SPM yang tak berapa memberansangkan. Ada ke fizik boleh fail? Tak Interstellar langsung. Kendati gua isi jugak borang UPU buat sedap hati sendiri. Itu jam gua ingat lagi lepasan SPM kelas gua semua isi borang UPU tak mudah juga kat KFC secara berjemaah. Gua tau dah tak dapat. Gua turun nak pekena KFC je. Setelah menerima khabar sedih dari keputusan UPU gua, gua sit back dan mula merancang strategi untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang pada ketika itu baharu sahaja mencecah 18 tahun. Akhirnya gua terjerumus dalam scene kerja kat ladang kelapa sawit. Suka duka 2-3 bulan kerja kat FELDA banyak memberi ruang kepada gua untuk merenung kembali erti penyesalan kenapa tak baca buku betul-betul masa SPM hari tu. Akhirnya setelah kena marah ngan supervisor yang or...

Bertarung Dengan Ular Raksasa

Image
Sebenarnya hari ni gua cuti. Balik dari Sarawak tempohari tu asik demam dan batuk saja. Khuatir juga kot-kot ada penyakit berbahaya bawak dari sana. Last-last pegi spital pun dapat ubat batuk 'hitam punya' je. Boleh la buat stok high di waktu senggang. Jadi memandangkan gua dapat MC dari dokter, tatkala petang gua pun keluar la nak ambik bini balik dari kerja. Cuaca itu jam memang solid. Petang yang indah dengan biasan jingga menyimbah segenap alam. Namun tatkala kakiku menyarungkan kasut seperti ada perasaan berdeba-debar di dada. Ada sesuatu yang tak kena. Langkah gua hanya sempat pegi 5-6 step gitu je. Lepas tu terhenti. Tengah-tengah koridor laluan depan umah gua ada seekor ular raksasa melintang menghalang laluan. Gua terkesiap. "Ssssss...." kata ular sambil memandang gua. Ia mula melingkar dalam stance untuk menyerang pada bila-bila masa. "Ni kalau tak Black Mamba mesti Ular Tedung Senduk.." getus hati gua. Macamana ular sebesar ini boleh nai...

Sure Pekat Final : Kuala Lipis Jamming Festival 2009

Disember 2003 - Sure Pekat Pertama Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis. Gua berdiri di atas pentas. Berdebar. Gitar tersandang di bahu. Jari terpacak kat fret. Gua pandang sekeliling. Semua mata bertumpu ke arah gua. Berminggu-minggu sebelum tu gua bertungkus lumus menerangkan apa sebenarnya Sure Pekat ni kepada orang ramai. Itu jam, konsep Pay To Play (P2P) memang sangat asing, apatah lagi sebuah acara muzik yang bukan pertandingan, gua hanya nak band-band tempatan kat Kuala Lipis ni, main, dan enjoy dalam satu acara muzik yang santai dan rilek. Maka bila semuanya sudah selesai, gua harus jadi band yang pertama sekali main. Sebab tiada siapapun yang tahu apa yang akan berlaku, jadi takde sapa yang nak jadi band pertama. Gua sendiri jadi band yang pertama perform, untuk Sure Pekat yang pertama sekali diadakan. "Bismillah.." kata gua dalam hati. Grenggg!!! Bunyi gitar gua menandakan bermulanya satu legasi pengurusan acara 'indie' yang pertama seumpanya dalam sejarah Kua...

Pontianak Mengamuk Di Kampung Tempoyang

Malam tu beberapa makcik berjaga malam menyiapkan sarapan pagi untuk rombongan meminang keesokan harinya. Sedang sibuk memasak tetiba kedengaran bunyi "Ketak ketak ketak ketak..." Semua yang masih berjaga seawal 1.00 pagi tu kenal benar bunyi itu. Sekitar tahun 1998 juga kes sebegini pernah dilaporkan. Bunyinya semakin dekat. Semua yang tadinya asyik memasak tergamam dan berpandangan sesama sendiri. "Ketak ketak ketak ketak..." bunyinya semakin hampir. Pabila bunyi itu sudah terlalu dekat ia berubah tune; "Hi hi hi hi..." disusuli dengan bunyi sambaran angin yang kuat di atap zink rumah itu. Sah! Pontianak kembali di Kampung Tempoyang. Keesokkan harinya semua orang heboh menceritakan pengalaman masing-masing terdengar bunyi pontianak. Bunyinya sungguh aneh dan mengerikan sampai takde sesiapapun yang mampu mengajuk bunyi tersebut. Yang aku taip ni pun aku agak-agak je. Begitulah seperti yang diceritakan oleh makcik ni kepada aku ketika aku datang jamming pe...

Seleksi Pengalaman Ngeri

Akhir-akhir ni banyak pengalaman ngeri yang aku lalui. Ada sesetengah kes dilaporkan kat sini, namun ada jugak kes yang belum direkodkan. Senang cerita ini adalah compilation pengalaman ngeri aku untuk tatapan korang semua. Kes 1 Pengalaman Ngeri Saya Nyaris Putus Dua Itu jam aku tengah menapak kat Medan Stesen sana. Pastu ada member aku panggil dari dalam kereta. Aku pun pegi la bertebeng kat pintu keta dia. Sembang-sembang lebih kurang. Tetiba member aku cakap "Eh amin ada keta nak reverse tu. Jap aku alih jap." Itu jam aku pandang belakang tengok ada keta Wira ni gostan laju gile menuju ke arah aku. Radio dalam keta lagu Katak menyanyi pasang sekuat hati. Aku sempat dive ke tepi sebelum buntut keta tu hantam sama kereta member aku ni. Kalau aku tak dive ari tu, sudah tentu aku akan terputus dua. Kes 2 Pengalaman Ngeri Saya Kena Gigit Pacat Pacat adalah haiwan keji yang suka menghirup darah manusia. Aku pantang betul ngan pacat ni. Biarlah zirafah ke, beruang panda ke, ikan...

Kumprinx Visits The Newly Opened Mini Zoo

Pada hari sabtu yang boring semalam, aku dan Mael berhajat untuk melawat Mini Zoo Kuala Lipis yang baru dibuka minggu lepas. Minggu lepas aku terlepas majlis perasmian zoo ni sebeb.. err.. bangun lewat. Namun demikian aku tak ralat sangat sebab rasanya takde acara makan-makan free. Mini Zoo ni dibina di tengah-tengah hutan terletak di Bukit Bius. Beberapa tahun nan lalu zoo ni ditutup sebabnya aku tak tau mengapa. Mungkin bajet nasik goreng ayam untuk bagi makan beruang tu terpaksa dipotong. Zaman dulu jugak Mini Zoo Kuala Lipis ni menjadi port lepak yang paling best sekali sebab: -Kanopi rimba memberikan udara yang nyaman dan sejuk bila time panas. -Banyak haiwan eksotik -Yuran masuk murah -Ada kedai jual Super Ring, Chicken Ring dan Tam-Tam. -Kalau korang beruntung hari tu, lawatan korang akan clash dengan rombongan Persatuan Ratu Cantik Kechau Tui. Penutupan Mini Zoo ari tu adalah sesuatu yang sangat mengecewakan sebab zoo ni berpotensi besar sebagai satu tarikan pelancongan. Jester...