Posts

Showing posts from 2024

DEEP SOUTH 2024 - Bahagian 1: Welcome to Su-ngai Kolok

Image
Selesai urusan pasport kami melewati pekan Golok yang sunyi sepi. Pipi kata malam baru function tempat ni. Tau sangat dia. Kami singgah di kedai telefon untuk membeli simkad. Line Malaysia tak boleh roaming di kawasan Selatan Thailand ni sebab ada lahabau mana ntah pegi activate bom pakai line roaming, lalu diharamkan. Kami terpaksa menggunakan sim tempatan untuk kekal berhubung dengan orang tersayang di Malaysia. Sebelum bergerak keluar dari Golok kami singgah makan di sebuah warung. Banyak sekali lauk-pauk yang dihidangkan. Waima tak kena dengan tekak saya dan saya rasa ayam goreng dia je sedap. Keluar dari Golok jalan dia amboi luas 4 lane. Lane motor belah kiri pun luas. Tak panik bila dipotong oleh lori. Di kiri-kanan jalan ada je rumah-rumah orang kampung dan diaorang mesti ada meniaga sesuatu seperti kedai runcit dan buah-buahan. Lepas tu jalan dia semakin mengecil jadi hutan berdaung. Sehinggalah kami melewati pekan Sungai Padi yang dipenuhi kedai-kedai lama yang dibina dari pa...

DEEP SOUTH 2024 - Day 1

Image
Hari pertama, kami memandu dari Kuala Lipis, meredah kegelapan malam. Bekal makanan dibawa dari rumah, ada burger, nasi Arab, dan kuih chang viral. Berhenti merata-rata untuk berehat dan makan. Tepat jam 8.00 pagi, kami tiba di Rantau Panjang. Setelah selesai urusan parkir bersama Kak Nik, kami terus ke sempadan untuk pemeriksaan pasport. Perasaan bercampur-baur, antara keterujaan dan debaran, menghiasi setiap langkah. Sungguhpun begitu, tetap gelepor ambil gambar di Jambatan Sungai Golok, the point of no return. Kami juga menyuruh makwe yang lalu untuk mengambil gambar. Saya sempat merakam gambar bersama pasport dan menghantarnya ke grup WhatsApp dengan kapsyen, "Kerja keras beastie, healing kita pakai pasport."

DEEP SOUTH 2024 - Prolog

Image
Sudah lama saya tertarik (dibisik) untuk datang lihat dan bertemu sendiri dengan komuniti Melayu Islam di Selatan Thailand.  Ahad, 15hb September 2024 kami memulakan perjalanan, bukan sekadar untuk tiba di destinasi, tetapi untuk mendengar, melihat, berinteraksi dan meninggalkan sebahagian diri saya di sini sebagai tukaran, jika diizinkan, untuk secebis kearifan dan kenangan.  Bermusafir kerana Allah Taala.