Pengalaman Saya Menyertai Asas Kursus Luncur Ombak Tahap 1 Peringkat Negeri pahang

Bergambar kenang-kenangan sebelum balik. Siap ambik gambo, banner ni gua rembat bawak balik
 "Yang ni awak punya!" kata instructor gua.
Sepantas kilat gua masuk ke posisi meniarap. Jantung gua dub-dap dup-dab. 3 cubaan terawal semuanya wipeout. Tak untung.
Kalau gagal yang ni, takde can lah gayanya.

2 Minggu yang lalu
Ada kenalan fesbuk gua kabo ada kursus 'luncur ombak' kat Kuantan. Pejabat Belia Lepih cari 3 orang peserta. Setelah berfikir selama beberapa minit, "Why the fuck not?!" bisik hati gua. Gua panggil Ustaz 'Horny' Leman dan Ahmad Khairu untuk join gua. Gua dan Ustaz Leman gerak dari Lepih, manakala Ahmad Khairu gerak dari Kelantan.

Ni gua punya tukang angkat surfboard.
Hari sebelumnya
Instructor gua nak test keupayaan berenang dulu sebelum benarkan kitaorang turun ke laut. Dia suruh berenang dalam swimming pool dari hujung sini ke hujung sebelah sana. Dengan penuh keyakinan memulakan renangan. Sampai sekerat kolam gua dah tercungap-cungap. "I'm too old for this shit" getus hati gua time tu.

Sessi seterusnya kami diajar cara nak paddle atas surfboard. Bila gua baring atas menatang surfboard tu dia wobble. Haram tak balance. Gua jadi peserta yang first sekali karam. Gampaa, dah la takde stamina, balance pun entah ke laut. Berapa lama dah gua tak bersukan ni. Berat badan pun dah tahap obesiti.

Bila berdiri tepi pantai menanti giliran nak surf, gua naik panik. Berdasarkan prestasi gua di kolam renang, memang takde harapan gua dalam sukan ini. Dah la berenang pun fail. Entahkan gua kelemasan, disengat obor-obor ataupun dibaham ikan Jaws.


"Ok paddle!!" Instructor gua jerit. Gua memulakan kayuhan macam orang gila. Macam setan dia punya lenguh. Bila gua toleh belakang, nampak ombak sedang menghampiri. Lantas gua mempercepatkan kayuhan. Setiap kali tangan gua selam dalam air untuk tolak diri ke hadapan, bahagian lengan gua terasa sakit. Otot-otot yang digunakan untuk renangan ini jarang gua gunakan. Entah daging kat dalam tu dah hancur ke hapa. Air laut yang masin merecik merata-rata. Masuk ke mulut terasa masin. Masuk ke mata terasa pedih. Bunyi kocakan air menyesakkan. Merimaskan.

Gua determined. Gua tak drive 4 jam dan bayar tol LPT RM11.10 untuk give-up di saat-saat akhir.

Tiba-tiba kayuhan gua menjadi ringan. Surfboard berterusan sahaja meluncur ke hadapan tanpa perlu dikayuh. Seperti yang diajar, pegang rail papan luncur gua dan terus angkat kaki dan cuba untuk berdiri.

Saat berjaya menjejakkan kaki, segalanya tiba-tiba senyap sunyi. Hatta desiran angin pun tidak kedengaran.
Sunyi hening. Dengan air laut yang berjurai mengalir di wajah gua cuba mentafsir saat ini. Pada detik itu gua rasa isolated dalam satu ruang vakum yang terpencil. Suatu perhubungan terus dengan alam semulajadi dalam satu aliran kepuasan deria yang lancar. Alam semesta menyelaputi gua dalam satu pelukan hangat, melindungi gua dari segala kebimbangan dan keresahan duniawi. Ianya suatu kelapangan, keamanan benak naluri yang memenuhi suatu ruang kosong di satu sisi hati yang terpencil dan ketinggalan jauh bertahun-tahun lamanya. Dalam keramaian dan aneka ragam perbendaharaan Sang Pencipta, detik itu bersinar di suatu dimensi yang sangat berbeza.

Selang beberapa saat kemudian ia berakhir. Tiada lagi daya yang menolak gua dan papan luncur ke hadapan. Gua tumbang ke sisi dan tenggelam. Dalam air gua mengukirkan senyuman.

Bila gua timbul di permukaan, segala-galanya telah berubah.

Comments

van kordi said…
pehhh... Terasa macam nak layan movie Point Break sekarang jugak.
Anonymous said…
Bro aku series cam gila muka ko tapi aku tak igt kat mana. Yg aku igt aku nampak ko kat majlis kawin member aku tahun lepas(aku xigt sape). Aku cam pun sebab ko berjambang pastu pakai kasut sk8 rabak amik gambar. Kasut sk8 tu aku penah ada masa sk8 dulu xigt 10 tahun lepas kot. Aku penah surf dulu kat desaru dgn cherating. Suka2 bila brenti sk8 aku pn ada projek kt ganu dulu. Aku skrg familyman keje pun exec bangang xde masa sk8 dah. Zero or die bro. All the best.
Kumprinx said…
Bero. Lain kali ketemu ayuhlah berteguran ya.

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa