A photo posted by Kumprinx Amin (@kumprinx) on Mar 3, 2014 at 1:55pm PDT Dikemaskini Isnin 5 Disember 2015. Perjalanan gua dalam mendapatkan diploma ni bermula lebih sedekad yang lalu bila gua menerima keputusan SPM yang tak berapa memberansangkan. Ada ke fizik boleh fail? Tak Interstellar langsung. Kendati gua isi jugak borang UPU buat sedap hati sendiri. Itu jam gua ingat lagi lepasan SPM kelas gua semua isi borang UPU tak mudah juga kat KFC secara berjemaah. Gua tau dah tak dapat. Gua turun nak pekena KFC je. Setelah menerima khabar sedih dari keputusan UPU gua, gua sit back dan mula merancang strategi untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang pada ketika itu baharu sahaja mencecah 18 tahun. Akhirnya gua terjerumus dalam scene kerja kat ladang kelapa sawit. Suka duka 2-3 bulan kerja kat FELDA banyak memberi ruang kepada gua untuk merenung kembali erti penyesalan kenapa tak baca buku betul-betul masa SPM hari tu. Akhirnya setelah kena marah ngan supervisor yang or...
Pagi itu kami bergerak meninggalkan Patani. Perjalanan hari ini agak jauh menuju ke Narathiwat. Sebelum itu, kami berhenti di gerai tepi jalan untuk makan di pinggir bandar Patani. Gerai kecil, lauk bertimbun. Macam-macam jenis. Cara masak pun saya tak pernah lihat. Tak tahu mana satu nak pilih. Kang ambik banyak-banyak sekali nak makan tak sedap selenge nak mengabih. Saya melewati dapur untuk membasuh tangan. Mata saya tertancap ke arah sesuatu. Terselit di celah-celah bahan basah ada sepinggan buah berwarna hijau. Ia bukan sebahagian bahan mentah untuk dimasak, bukan juga untuk dihidang kepada pelanggan. Ia adalah untuk dimakan oleh pekerja di waktu senggang mereka. Mungkin mereka terjumpa buah itu di pasar pagi tadi masa beli barang. Beli lah sikit buat makan kat kedai. Saya lantas memanggil pekerja kedai yang sedang lalu di situ sambil menunjukkan ke arah buah tersebut. "Saya nak beli sikit buah ni boleh?". I had to have at least one bite. Beberapa tahun yang lalu.. ...
Cerita ni aku dapat secara lisan daripada member aku. Adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni. Tapi aku ada improvise dan tambah sedikit sebanyak untuk bagi lebih ngam. Aku sama sekali tak berniat nak kondem ataupun mengutuk mana-mana pihak. Cerita ni jugak bukan nak mengaibkan sesapa tetapi sekadar pedoman dan iktibar bagi kita yang hidup di dunia ni. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. (nama watak adalah bukan nama sebenar. jika ada persamaan ia adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan) Dalam sebuah sel tahanan, seorang lelaki berbaring di bawah katil usang.. "Kepala hotak dia, boleh blah. Kau dah banyak buat silap kat aku, kau la mintak maaf ngan aku, bukan aku mintak maap ngan kau. Keturunan aku tak penah mintak maap. Waima bapak kepada bapak aku tak penah mintak maap. Bapak kepada bapak kepada bapak aku tak penah mintak maap. Bapak kepada datuk kepada moyang aku kepada bapak aku, bapak pangkat tiga tak penah min...
Comments