Skip to main content

Featured

Muse World Tour '07 Live At Stadium Negara, Kuala Lumpur - The Full Report by Kumprinx

Addenda(2023): Keep in mind that this report is written way back in the year 2007. I was a different person back then. Young and full of anger. No major updates or addition except for some spelling and profanity. Originally published on 5th March 2007 on my blog. Brought back from the depth of the internet in conjunction with the return of Muse on July 2023 for their Will Of The People Tour happening on 29th July 2023.  Fakta Menarik: Konsert ditaja oleh Tiger Beer. Mukadimah Muse, dari UK yang terbukti kehandalan mereka apabila baru-baru ini memenangi anugerah Best Live Act di Brit Awards 2007. Band yang wajib korang nengok untuk mengetahui erti sebenar Live Band. Tiket untuk konset diaorang sold-out full house 2 minggu sebelum konsert. Bab 1 : Abang Matt nak datang Khabar angin kehadiran 3 kutu dari Teignmouth, UK ni dah kedengaran 2 tahun yang lalu. Tahun lepas rasa macam dah nak jadi sangat tetapi tetiba tak jadi dan tak dengar berita langsung. Ketika sedang hang-out satu malam gua

Graduated

A photo posted by Kumprinx Amin (@kumprinx) on
Dikemaskini Isnin 5 Disember 2015.

Perjalanan gua dalam mendapatkan diploma ni bermula lebih sedekad yang lalu bila gua menerima keputusan SPM yang tak berapa memberansangkan. Ada ke fizik boleh fail? Tak Interstellar langsung.

Kendati gua isi jugak borang UPU buat sedap hati sendiri. Itu jam gua ingat lagi lepasan SPM kelas gua semua isi borang UPU tak mudah juga kat KFC secara berjemaah. Gua tau dah tak dapat. Gua turun nak pekena KFC je.

Setelah menerima khabar sedih dari keputusan UPU gua, gua sit back dan mula merancang strategi untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang pada ketika itu baharu sahaja mencecah 18 tahun. Akhirnya gua terjerumus dalam scene kerja kat ladang kelapa sawit. Suka duka 2-3 bulan kerja kat FELDA banyak memberi ruang kepada gua untuk merenung kembali erti penyesalan kenapa tak baca buku betul-betul masa SPM hari tu.

Akhirnya setelah kena marah ngan supervisor yang orientasi seksual beliau boleh diragui kerana banyak tido beralaskan pelepah kelapa sawit, gua ambik keputusan nekad untuk pursue minat gua ketika itu. Gua enroll satu kolej swasta di Kolumpo dalam bidang Multimedia.

Hidup di kolumpo memang faking. Bukan kerana cabaran hidup, tetapi cabaran menjaga iman sendiri. Mende yang gua belajar bukan susah sangat, tapi banyak distraction seperti kejohanan snooker, tido tak lena dan diburu samseng. Kos hidup gua di sana juga tak mudah. Sewa rumah kongsi 7-8 orang pun boleh ranap ekonomi. Gua tinggal di sebuah rumah atas kedai di kejiranan tua yang megah di zaman kegemilangannya tetapi akhirnya dilupakan kerana pembangunan lebih tertumpu ke kawasan lain. Pusat snooker, kafe siber mouse melekit, mesin  kuda, pub, kelab malam penuh di sekeliling. Orang mabuk, orang kalah judi, freelancer berkeliaran siang dan malam. Imigran berpeleseran berpimpinan tangan, memenuhkan segenap ruang bas intrakota dan kaki lima. Cabaran sebegini, bagi pelajar muda seperti gua memang memenatkan. Ia memerah fokus dan kosenterasi pembelajaran.

Cabaran tersebut gua sahut balls forward. Gua adapt sebaik mungkin.

Selama setahun lebih gua bertahan. Akhirnya atas sebab-sebab tertentu, gua tak dapat meneruskan pengajian gua. Gua packing baju, beli tiket bas Transnasional dan balik ke kampung. Hasrat gua untuk menjadi orang berkelulusan terbantut di situ. Impian gua yang menyala pada hari pertama gua jejakkan kaki ke kolej kini sudah malap.

Namun apinya masih di situ. Satu percikan kecil masih tersimpan yang gua bawak terus. Di antara impian-impian lain yang silih berganti merembes, mengingatkan dari masa ke semasa dengan bisikan hingga jeritan gegak gempita.

Gua meneruskan sisa-sisa hidup gua di kampung. Kerja runcit-runcit. Tolong bisnes famili. Berniaga kecil-kecilan. Gua ada duit sendiri. Tak banyak. Cukuplah tampung diri sendiri. Rokok lepas, makan sedap pun lepas. Pegi Kolumpo beli baju raya pun lepas. Semuanya baik-baik sahaja.

Bila semuanya baik-baik, gua berkenan meneruskan perjuangan gua yang belum selesai.

Gua daftar STPM calon persendirian. Tak sabar juga nak kasi letup masuk dewan peperiksaan dengan berjanggut ni. Ada duit sikit-sikit gua beli buku. Baca sendiri. Buat latihan sendiri. Latih tubi, soalan spot, soalan model peperiksaan semua gua cover. Dari pembelajaran sendiri gua tu, gua rasakan kebarangkalian gua sailang STPM ni adalah cerah. Boleh makan.

Namun takdir tuhan ni kadang-kadang kalau dilihat dari satu sudut, ianya funny. Pada minggu peperiksaan gua jatuh sakit. Entah sakit apa tak tau. Gua tak boleh bangun. 2-3 paper miss. Gua hanya berbaring di rumah sambil berlinangan air mata merindukan dewan peperiksaan.

Teori gua penyakit yang datang ni fungsinya adalah untuk 'reboot' nyawa kehidupan supaya di-sort out kepada susunan dan tune yang lebih baik. Harapan gua untuk kembali beraksi dalam bidang akademik hancur sepertimana mereputnya kesihatan gua ketika itu.

Satu yang gua pegang ketika adalah pepatah lama yang keluar dari mulut seorang pejuang tempatan yang tersohor di zaman silam.

PANTANG TARIK PUNTUNG SEBELUM PADAM NYALA

Tahun seterusnya gua daftar sekali lagi STPM. Namun nasib tak menyebelahi. Result gua masa tu buat salut pisang goreng je bolehnya. Mungkin power gua dah down. Mungkin juga otak gua dah mereput.

Sekali lagi gua meneruskan sisa-sisa kehidupan dengan skala rockers. Gua dapat kerja perpustakaan dan bekerjalah gua di sana sebagai kakitangan sambilan selama 2 tahun lamanya. Otak, gua tak izinkan mereput di sini. Kerana dalam kehidupan yang penuh simpang siur dan liku berduri ini, ada satu masa gua akan kona satu simpang sambil membawa percikan api yang dah sekian lama gua simpan.

Tanggal Januari 2010 gua diserapkan ke jawatan tetap. Secara rasminya gua hanya terapung-apung di suatu kawasan yang mana rutin harian dan penamatan perkhidmatan bertaraf pencen itu bertembung melintasi liputan ruang waktu. Dekat jauh, jauh dekat.

Mengabaikan kekangan kewangan dan tekanan waktu sebagai kerani perpustakaan, gua nekad berbekalkan pengalaman kerja selama dua tahun, apply masuk UiTM. Seraya menerima surat tawaran kemasukan program e-PJJ tersebut gua acknowledge 2 perkara; kebangkrupan untuk berulang-alik Kuala Lipis-Shah Alam pada hujung minggu dan selamat tinggal tidur malam yang indah.

Little that I know, rajin belajar, kuat mengulangkaji dan rajin buat assignment sahaja tak cukup untuk meredah scene bekerja sambil belajar ini. Ia merenggut semua resource, menguji kesabaran dan merayu lebih lagi dari apa yang gua mampu berikan. Kita jatuh di masa silam, supaya kita pandai untuk bangun sendiri di masa-masa yang memerlukan. Kalau gagal lagi kali ini, gua nak usaha terakhir gua ni ibarat lembayung mentari senja yang bersinar paling indah sebelum beransur-ansur tengelam menuju kepekatan malam sambil angkat jari tengah.

Gua hadir hari pendaftaran. Beli pen 2-3 batang dan sebijik buku nota. Tayar kereta 2 bijik gua ganti baharu. Kemaskini perisian Papago dalam henset. Beli botol air cap Tupperware yang tahan lasak. Kad student tersemat di baju. Singgam, mentos semua dah ready dalam beg.

"Lets do this shit" bisik hati gua.

Hari pertama gua pegi kelas gua ingat lagi gua pinjam kereta bapak gua sebab khuatir kereta Satria Resing gua meragam tengah highway. Sampai Shah Alam gua parking, suruh member hantar sebab tak tahu jalan. Kelas gua paling busuk 3 kali sebulan kena hadir seminar pada hari Ahad. Sekali datang seminar kos gua termasuk minyak, tol dan makan paling ikat perut RM200 satu trip. Perjalanan adalah sejauh kira-kira 200 kilometer dan purata mengambil masa 3-4 jam. Awal-awal pengajian adalah ranking paling kerap gua tersesat jalan hingga ke Semenyih, Kajang dan sesetengah kes; Seremban. Dah lama-lama gua makin selesa dengan jalan yang perlu ditempuhi.

Perjalanan menuju ke kelas hujung minggu bermula seawal jam 3 pagi. Gua tak bermalam di Shah Alam sebab hari Sabtu gua spend time dengan anak bini selagi boleh sebab kalau tidak entah hapa nak jadi weekday kerja, hujung minggu lesap. Bekalan jajan, air minuman dan air panas bini dah ready siap-siap sebelum beliau tido. Jika ada tugasan yang perlu disiapkan, ada kalanya gua menghadap komputer sejak dari Jumaat malam, dan berterusan hingga tiba masa untuk bergerak ke Shah Alam. Most of the time, gua hadir ke kelas dalam keadaan tidak tidur selama 48 jam terkebelakang. Mengantuk, mata pedih, sakit kepala dan perut meragam adalah makan ruji gua sepanjang pengajian.

Memandu jam 3 pagi adalah waktu solace gua dalam kereta. Sebab itu dalam kesempitan hidup, gua invest juga kepada sound sistem yang boleh tahan sedap buat menemani gua di jalan yang sunyi. Pengalaman terserempak hantu, langgar kucing dan membantu mangsa kemalangan di awal pagi makes a good lunchtime stories. Ada satu waktu gua memecut untuk mengejar waktu peperiksaan sebelah pagi, terserempak dengan kemalangan yang agak teruk juga melibatkan sebuah lori dan kereta hingga menghalang lalulintas. Gua first on the scene memberi bantuan sepantas mungkin. It's not selfless, it's selfish. Gua terpaksa tolak kereta remuk tu bersendirian di awal subuh supaya kereta gua boleh lalu dan sempat sampai ke dewan peperiksaan. Hari itu gua terketar-ketar menjawap peperiksaan dengan masih ada kesan darah mangsa pada jari-jari gua.

Yuran pengajian ePJJ ni tak sama dengan yuran pelajar biasa. Ia dikira ikut jam kredit dan jumlahnya kira-kira seribu ringgit lebih juga sebulan. Untuk membiayai yuran semester pertama gua buat pengeluaran KWSP. Itu jam baharu 2 tahun bekerja berapa sen lah sangat yang ada dalam KWSP gua tu. Isi borang hari ni, minggu depan dah keluar duit. Gua apply juga satu program dari UiTM yang bertujuan hendak mengubah destini anak bangsa ke arah kehidupan yang lebih baik dan Alhamdulillah gua dapat juga pengecualian 100% yuran pengajian dengan syarat pointer gua tak tergelincir under 3.00 sepanjang pengajian. Sebab itulah gua attack sehabis-habisnya semua subjek memastikan markah maksimum diperolehi.

Kursus pengajian maklumat ni bukanlah susah sangat kalau dah dapat grasp dia punya fundamentals. Lebih-lebih lagi jika dah sedia bekerja dalam lapangan. Tips bini gua ajar awal semester download dulu semua soalan past year exam dan study sebab perkara yang lebih kurang sama ditanya saban tahun. Menjawap soalan peperiksaan esei pula gua ada formula tersendiri. Bila teringat 3-4 point yang tak pasti betul ke tidak gua selalu elaborate to kingdom come. Jadi, pemeriksa akan fikir, "The answers must be somewhere in here but I'm not reading this 6-8 pages of cakar ayam...". 6-8 pages of bullshit adalah rahsia kecemerlangan mutu kertas jawapan gua yang tak pernah gagal.

Dari aspek tugasan berkumpulan pula kadang kala gua tarpaksa request dengan lecturer untuk buat solo sebab gua mana ada masa nak datang stadi grup ke perbincangan ke hapa. Gua dah banyak nengok filem blue dan gua tak apa kesudahan stadi grup ni biasanya. Buat assignment group bersendirian bermakna workload 5 fold. Paling pedih kalau assignment dah siap tengah-tengah malam, kejap lagi nak gerak ke kelas dan time tu lah ink habis, kertas habis dan printer rosak. Biasanya gua mengadu je dengan pontianak yang menumpang kalau kes begini berlaku. Memang kita dah beri sehabis baik namun the odds tak selalunya in our favor.

THE ODDS MAY NOT ALWAYS BE IN YOUR FAVOR

Kewangan gua pula tak selalunya ekselen dan tak selalunya mengizinkan gua pergi kelas. Kadang-kadang gua tipu je lecturer kata demam la, kereta rosak la padahal gua short duit nak tuang minyak dan bayar tol. Sehinggalah pada satu semester ada sorang lecturer ni kononnya particular sangat pasal attendance dan berniat nak menggagalkan gua sebab selalu sangat tak hadir kelas beliau. Gua cuba reason dan terangkan perkara sebenar mengenai kesusahan gua untuk menghadirkan diri ke kelas dan dengan sombongnya beliau kata gua student dan memang tanggungjawap gua datang kelas dan kalau tak datang juga tugas dia lah untuk menggagalkan gua. Gua mati-mati mohon kautim dengan beliau memandangkan semua assignment gua dah siapkan malah gua juga excel dalam setiap kuiz dan test yang dikendalikannya. Namun hatinya diperbuat daripada tahi. Bila result subjek tu keluar gua dapat markah ciput dan nyaris nak fail. Ia memberi kesan kepada CGPA keseluruhan gua. Semester itu ia drop under 3.00 dan sekaligus menyebabkan bantuan pengecualian 100% yuran pengajian gua ditarik balik dan tidak akan diberikan semula. Insiden ini bukan sahaja satu tamparan kepada rekod kecemerlangan gua malah juga memberi kesan yang teruk kepada kewangan. Dah la markah ciput sebab takde duit nak pegi kelas, kena pulak tarik bantuan menyebabkan kena bayar pulak yuran pakai duit sendiri dan lagi lah susah gua nak save duit nak pegi kelas lepas ini. Ini adalah masalah paradox yang sama gua alami masa belajar kat Kolumpo suatu ketika dulu yang menyebabkan gua berhenti meneruskan pengajian.

Terjelepok juga gua mengenangkan nasib diri ini. Lama gua termenung mengenangkannya. Menenteramkan kemarahan hati, memujuk jiwa juga susah kerana there's nothing I could do better to prevent this. Pelajar tua yang beraspirasi untuk berjaya tapi digagalkan oleh lecturer muda yang kerek. Buang masa gua merayu. Patut gua kasi pecah je muka lecturer tu. Scene hipotesis gua tumbuk muka lecturer tu bermain berulang-ulang kali dalam fikiran gua. Nama dia pun gua ingat sampai hari ni. Disebabkan beliau, misi pengajian gua has been hit with a massive financial strain. It would be too costly to proceed. Too late to back out now. And maybe too old for this shit. Dalam hujan gerimis dan awan hitam berarak lesu, gua evaluate.

Namun begitu, pedih kegagalan hari ini tiada bezanya dengan kepedihan gua gagal di masa lalu. Gua sepatutnya dah lali dan semakin efisien dalam menanganinya. Walau berapa pun usia gua, pandangan mata gua masih solid 20-20. Tumpuan dan fokus pemikiran gua masih belum mereput. Jantung gua masih mengepam darah dengan cemerlang.  Dan sokongan dan harapan isteri gua juga sejak hari pertama dan sehingga saat ini tak berkurang sedikitpun.

Gua teruskan.

Kali ini gua teruskan dengan semangat dan iltizam yang belum pernah menyala sebegini terang. Semester seterusnya gua gandakan usaha tanpa mengenal erti lelah. Gua cuba hadir setiap kelas tanpa gagal. Money is no object. No reserve. Sumber kewangan gua korek sehabisnya supaya ia tidak lagi menjadi punca kegagalan. Tabung ASB, tabung nak beli PS4, Tabung Haji, tabungan backpacking Machu Pichu, tabung Kenwood double-din, tabung LCD 60", tabung khairat kematian semua gua gunakan habis. Bila dah habis, gua jual pulak barang-barang gharib milik gua selagi ada. Barang komputer, barang kamera, sentimental value terhadap barang-barang ini gua benam dalam-dalam. Tidak dinafikan setiap kali terjual, ada sedikit bahagian dalam hati gua yang mati. Mata pun ada sedikit berkaca. Sebab gua tahu bukan senang nak menabung beli barang-barang ni. Nak jual senang je. Daripada dapat tido 3-4 jam sehari gua upgrade kepada tak payah tidur langsung. Baca, stadi, siapkan assignment, lepas tu turun kerja.

Keputusan gua semester itu sangat cemerlang hingga mendapat Anugerah Dekan. Pointer gua pun dah kembali atas paras 3.00. Usaha tak mengenal penat gua ini membuahkan hasil yang sangat mengembirakan apabila gua menerima surat peribadi daripada pengarah institut ePJJ sendiri mengatakan beliau sangat impress dengan gua punya rebound dan menganugerahkan kembali pengecualian 100% yuran pengajian kepada gua. A very special exemption.

Gua senyum sampai ke telinga sambil mata berkaca memanjatkan kesyukuran kepada Illahi.




But there's still a long way to go. Suka-duka sebagai pelajar PJJ gua menjadi kenangan indah yang takkan gua lupakan. Gua masih lagi sesat jalan sekali sekala dalam perjalanan ke kelas. Tengahari gua masih attack ikan keli berlada kedai makcik depan fakulti. Ada masa senggang gua masih tidur beralaskan lengan dalam kelas. Balik kelas pun kadang-kadang gua tertidur tepi jalan sebelah lubuk puaka sampai lewat pegi kerja keesokan harinya.

Seperkara yang gua ingat adalah pada Ramadhan 2012. Gua sekeluarga bercadang balik raya ke Sarawak. 2 hari sebelum flight, ada kelas jadi gua menumpang tidur di rumah abang gua di Ampang. Gua dah allocate sejumlah wang nak beli baju melayu baharu dan dah visualize ketampanan gua di pagi raya dengan baju raya baharu. Sekali masuk kelas lecturer collect duit pulak suruh beli buku. Mahal juga bukunya. Gua serah juga lah duit gua nak buat beli baju melayu tu. Sepanjang perjalanan balik gua tengok bunting gambar baju melayu Aaron Aziz sengih sindir semacam je. Raya tahun tu gua ingat sampai bila-bila sebab gua bukan setiap tahun merancang nak beli baju melayu. Buku yang gua beli tu gua simpan dan tak jual balik sebagai kenang-kenangan.

Gua hanya menarik nafas lega setelah selesai menjawap kertas peperiksaan terakhir, semester terakhir pengajian gua. Ketika itu tak sampai separuh pelajar yang enroll sama-sama dengan gua yang habis on-time. Lain-lainnya ada yang gugur, ada yang give-up dan banyak yang repeat. Gua ambik sedikit masa untuk refleksi 4 tahun ke belakang ini sebelum keluar dari dewan peperiksaan dan gua tersengih sendirian memikirkan how far I've come. Memikirkan habis juga 4 tahun yang penuh ranjau berduri ini. Memikirkan berapa banyak yang telah gua korbankan. Memikirkan betapa tubuh gua yang tua ini masih boleh bertahan assault on the mind and body.

Pada hari graduasi gua datang dengan memandu kereta pinjam dari bapa gua, pakai kasut gua pinjam dari adik gua, tali leher pinjam bapak gua punya, menumpang tido rumah abang gua. Dan gua bawak sekali anak bini dan paling penting mak gua sebab gua nak suruh dia tengok gua konvo. Barulah gua tau macamana perasaan menghadiri majlis konvokesyen. Ketika menerima skrol, gua senyum. Senyuman gua itu jam adalah accumulation kepada kelegaan dan kegembiraan gua kerana telah berjaya menyahut cabaran belajar sambil bekerja, berjaya mengatasi semua permasalahan, berjaya membuktikan bahawa otak gua masih belum mereput.

Getting a Diploma is no big deal. But it's not an easy job kalau dah berumahtangga dan bekerja bagai. Gua kini berusia awal 30an, berkelulusan dan dengan pengalaman kerja yang signifikan. Seterusnya gua akan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Why stop now? Ada orang kata seseorang itu sudah berjaya kalau dia dan tahu dan nampak hala tuju hidupnya. I call bullshit. Hidup ini adalah satu variable yang tidak boleh diduga. Pengetahuan yang kita ada hanyalah pada masa sekarang. Esok, sejam lagi, mahupun sesaat ke hadapan adalah misteri yang perlu diterokai. As for now, we only know shit about the future.

Rebut je lah mana yang sempat.


Comments

Anonymous said…
Nota belajar dah macam manual nak keluar penjara dah kaweh tengok.

Tapi macam mana pun semangat aok yang wajar diambil pengajaran buat semua anak muda di luar sana. Gigih demi mendapatkan segulung ijazah di menara gading. Respek!
Anonymous said…
Tahniah kmx. Walau kau tak kenal aku, tapi aku sangat kenal kau. Dari zaman bidadari lagi. Ending esei kau ni, aku rasa macam ada orang potong bawang dekat sebelah aku. An eye opener.

-tongkangkaram-
kk said…
sangat menginspirasi tuan.. halangan di sepanjang perjalanan ke puncak kejayaan adalah memori yang sangat manis untuk dikenang
Anonymous said…
Tahniah kumprinx
Gua tau lu memang tabah dan berbakat sejak zine gambar penjejak badai lagi
Llcoolj said…
Inspirasi teruk brader. Aku baca yang hujung-hujung tu dengan mata berkaca. Respek!
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
hallnadelman said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.